PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 7 March 2014

Anwar akan dirihatkan dalam penjara kali kedua?

Anwar merenung jauh mengenang nasib politiknya
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas dakwaan meliwat pembacuh kopinya enam tahun lalu. Hukuman bagaimana pun belum diputuskan. Dengan perkembangan terbaru ini bermakna pelan transisi, Kajang Move sudah berkecai.


Malam ini Anwar akan tampil di Kajang dipentas ceramahnya seperti biasa. Mungkin ada amanat penting yang beliau hendak sampaikan malam ini.

Seperti diduga senario politik Malaysia juga akan berubah 360 darjah. Mereka yang selama ini benci dan dendam kepada Anwar boleh bersorak dan melompat. Apa yang mereka hajati dan doakan telah termakabul.

Kepada Najib Razak tidak semestinya lautan politik beliau tenang apabila Anwar disumbat ke dalam penjara. Anwar mungkin hanya harimau di dataran kepada Najib, tetapi jerung dan pauh yang menanti Najib masih ada dalam lautan dalam.

Begitu juga kepada Abdul Khalid Ibrahim. Beliau boleh tersenyum dan melakar peta politik lebih luas lagi. Mungkin jawatan timbalan presiden yang diidamkan boleh ditukar kepada jawatan presiden. Khalid dan kuncu-kucunya boleh merancang pada malam ini juga ekoran keputusan mahkamah rayuan hari ini.

Untuk Pas bersiap sedia untuk mengharungi samudra politik secara bersendirian. Sekiranya Pas ingin selesa, tidak mahu bersakit-sakitan nah, ini masa untuk bersama Umno. Anwar tidak menjadi penghalang lagi. DAP boleh Pas palingkah menjadi musuhnya semula.

Kepada Anwar beliau kena terima suratan yang telah ditetapkan terhadapnya. Berani mencincang bahu hendaklah sanggup memikul. Cuma saya nak sebut kali ini, pemenjaraan Anwar tidak akan mencetus riak dan gelombang seperti tahun 1998 dulu. Rakyat sudah letih dan rakyat mahu kepada game yang berlainan pula. Cukup setakat ini dulu. [wm.kl.5:59 pm 07/03/14]

- Mohd Sayuti Omar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers