PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 7 March 2014

Saya pun tak mahu Umno kalau tolak hudud – Adun BN

KOTA BHARU: “Kita hendaklah berpakat penyokong kerajaan dan pembangkang pergi jumpa Perdana Menteri untuk mendapat laluan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

“Kalau perkara kecil seperti royalti Menteri Besar boleh jumpa PM, mengapa tidak perkara lebih besar iaitu hudud tidak boleh dilakukan.

“Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno,” kata Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dun hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Muhammad V berkata, beliau bersedia menemui lagi perdana menteri bagi membincangkan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan hudud.

“Saya tidak pernah takut untuk berjumpa Perdana Menteri bagi mendapat sokongan pelaksanaan hudud di Kelantan,” ujarnya.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika menjelaskan panjang lebar usaha-usaha pelaksanaan hudud di Kelantan katanya, kerajaan negeri mewujudkan dua jawatankuasa berkaitan pelaksanaan hudud iaitu Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II dan Jawatankuasa Pra-Teknikal.

Kata beliau hasil perbincangan jawatankuasa berkenaan merumuskan empat halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan biar pun telah dilulus pada persidangan Dun sejak 1993.

Menurutnya halangan tersebut iaitu kerenah pemimpin politik, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah dan memperkasa pentadbiran syariah.

“Kerenah pemimpin politik dapat dilihat apabila Menteri Besar menerima surat amaran daripada Perdana Menteri ketika itu untuk mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan.

“Kita bukan takut kepada ugutan itu tetapi sekadar patuh kepada undang-undang. Sejarah masih kita ingat apabila kerajaan pusat mengisytiharkan Mageran di Kelantan pada 1977.

“Kes terbaru dapat dilihat apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dirampas bukan melalui cara demokrasi,” katanya menjawab soalan Mohd Alwi.

Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi ketika menerima hujah bertalu-talu Mohd Alwi akhirnya mengambil ketetapan bagi mendapat sokongan anggota-anggota Dewan untuk berjumpa Perdana Menteri untuk meminta sokongan pelaksanaan hudud.

“Adakah sekiranya Perdana Menteri menolak sokongan bagi mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan pembangkang di sini hendak keluar BN,” katanya.

Kemudian dijawab dengan lantang Mohd Alwi, “setuju”.

Sebelum itu Adun Kok Lanas tersebut berhujah kerajaan negeri sengaja mencari pelbagai alasan kerana tidak mahu melaksanakan hudud.

Namun selepas anggota Exco terbabit membuat ketetapan tersebut, Alwi tidak semena-mena menyatakan persetujuannya.

Menteri Besar juga memberitahu ketika berjumpa Perdana Menteri pada 28 November lepas isu hudud turut dibincangkan.

Katanya, hasil perjumpaan tersebut telah dipersetujui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan bagi melihat halangan-halangan pelaksanaan hudud.//(harakahdaily)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers