KUALA LUMPUR – Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua
tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang
pada Sabtu.
Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan
masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500
meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.
Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.
Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di
atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi. – Mstar.com.my
Saturday, 8 March 2014
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Tompokan Besar Minyak Ditemui Di Perairan Vietnam!
2014-03-08T23:19:00+08:00
hangit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)