PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Friday, 7 March 2014

Hanez Suraya 'ditegur' Imam?

BAHARU sahaja menjengah bulan ketiga dalam tahun 2014, namun pelbagai kontroversi yang terpalit di kalangan selebriti tempatan.

Bukan sahaja kisah penceraian artis, malah mereka juga turut terlibat dalam beberapa kontroversi lain seperti saman-menyaman, pergaduhan sesama artis dan juga hubungan bersama suami orang.

Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi 'mangsa' dalam kemelut rumah tangga orang.

Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu.

Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar.

Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara.

Walaupun tulisannya itu tidak 'bernama', namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon ini.

Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.

"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!

"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.

"Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram," katanya.

Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.

"Jangan cuba menghalalkan yang haram!," tegasnya lagi.//(sinarharian)

Sila KLIK iklan kat bawah :)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers