Debat Bajet 2013 : Sebelum ini, kami mengharapkan ada pertemuaan empat mata antara Ketua pembangkang dan juga ketua kerajaan Malaysia semasa sesi perbahasan Bajet 2013, tetapi bukan sahaja hasrat malah pun hasrat kebanyakan rakyat Malaysia. Rupanya sangkaan kami meleset. Bukanlah…
Bukanlah kami mahu melihat perdebatan semata, tetapi lebih kepada diskusi antara pemimpin tertinggi Malaysia yang diiktiraf kedudukan mereka dalam Parlimen untuk membincangkan bersama, terutamanya halatuju ekonomi negara berdasarkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat walaupun berlainan ideologi politik. Apatah lagi, ia proses yang sangat baik supaya ada “check and balance”.
Yang mana baik perlu diperbaiki dan sudah baik diperkemaskan lagi.
Itupun masih lagi sehingga hari ini belum menjadi realiti. Entahlah…kami pun tidak tahu sampai bila. Walaubagaimanapun, hasrat kami “terubatlah” apabila sekali lagi rakyat Malaysia dihidangkan sesi wacana ilmu yang sangat baik, apatah lagi tajuk debat kali ini adalah Debat Bajet 2013. Sangat relevan dan ucapan tahniah kami ucapkan kepada Kumpulan Karangkraf kerana “terus berani” mengadakan wacana ilmu seperti ini.
Maklumat Debat Bajet 2013 :
Ahli panel Debat Bajet 2013 :
- YB Datuk Abdul Rahman Dahlan (Barisan Nasional) – MP Kota Belud
- YB Tony Pua (Pakatan Rakyat) – MP Petaling Jaya Utara
Tarikh : 8.30 malamLokasi : Audiotorium Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam
Dipendekkan cerita lokasi sama dengan Debat Khairy VS Rafizi sebelum ini. Sebenarnya dalam ramai-rami ahli Parlimen Barisan Nasional, YB Kota Belud Abdul Rahman Dahlan yang kami rasakan lebih layak berbanding beberapa menteri yang sedia ada dalam kabinet hari ini.
Beliau kami perhatikan sangat aktif di Parlimen, berani berdepan dan berbahas mengenai beberapa isu permasalahan rakyat di Dewan Rakyat, ada ketikanya idea dan pandangan beliau sangat baik dan yang paling penting sekali beliau hari ini berani tampil sekali lagi berdebat satu tajuk yang cukup baik, Debat Bajet 2013. Tahniah….
P/S : Selepas Debat Bajet 2013, Kami masih menantikan pengumuman untuk mengadakan Debat Perdana Menteri antara Ketua Kerajaan Malaysia VS Ketua Pembangkang. Moga-moga ia menjadi realiti…..
PP/S : Baru-baru ini sahaja kami baru menonton Debat Perdana Menteri Amerika di antara Barack Obama (Parti Demokrat) VS Mitt Romney (Parti Republikan) sangat baik. Tiada ayat-ayat jelek, mencaci, merendahkan kebolehan orang lain, mengajuk atau mengutuk antara satu sama lain. Masing-masing membawa satu polisi yang boleh meyakinkan dan menguntungkan.
PPP/S : Bukannya “baling batu, sembunyi tangan” semata. Nak jadi pemimpin ini mesti berani, berani berdepan dengan rakyat. Bukan hanya menjadi jaguh de depan penykong sendiri semata.