PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 10 October 2012

Arah roboh kuil, Umno BN tindas masyarakat India

KUALA LUMPUR 10 Oktober: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P Ramlee diroboh menunjukkan kerajaan Umno BN menindas masayarakat India, kata N Surendran.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, tindakan DBKL mengeluarkan notis 30 hari mengikut Seksyen 72(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 supaya mengosong dan merobohkan kuil tersebut menyalahi undang-undang dan prinsip keadilan.

“Notis DBKL menyalahi undang-undang kerana kuil itu berusia lebih 100 tahun dan tidak boleh diroboh, melainkan ada tapak alternatif diberikan.

“KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya perobohan tempat pemujaan dan merupakan simbol penindasan Umno BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak terhadap masyarakat India,” tegasnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menempelak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal yang disifatkan tidak prihatin dan tidak bertolak ansur terhadap masalah rakyat.

“Kita minta Datuk Bandar agar bersifat toleransi dan duduk berbincang, jangan asyik buat keputusan drastik dan menyusahkan rakyat seperti yang terjadi dalam isu ini dan terbaru peniaga pasar malam di Kerinchi,” kata Izzah.

Ekoran itu, KEADILAN menurut Izzah akan mengadakan bantahan besar-besaran di hadapan bangunan DBKL minggu depan bagi membantah arahan zalim tersebut.

Julai lalu, Keadilan Daily melaporkan, Surendran bersama wakil kuil membuat laporan polis berhubung tindakan DBKL yang mahu meroboh kuil menggunakan undang-undang yang telah dimansuh.
Hingga kini, tiada tindakan diambil malah notis DBKL bertarikh 25 September 2012 pula sampai ke tangan pengerusi kuil supaya kuil berkenaan dikosong dan diroboh dalam tempoh 30 hari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37637
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers