PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 23 April 2014

Pengikut ‘rasul Melayu’ mengaku bersalah

Kamarulzaman (kanan) mengaku bersalah atas tuduhan berhubung ajaran sesat rasul Melayu di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur: Seorang pekerja kontrak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam atas dua tuduhan berhubung ajaran sesat ‘rasul Melayu’, Kahar Ahmad.

Tertuduh, Kamarulzaman Karim, 61, didakwa menghina pihak berkuasa agama dan memiliki buku yang kandungannya bertentangan dengan hukum syarak berkaitan ajaran sesat itu.

Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab.


Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah unit di Rumah Pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (BDKL), Bandar Baru Sentul, di sini antara jam 1.15 pagi hingga 1.50 pagi, semalam.

Mengikut pertuduhan, dia dituduh menghina pihak berkuasa dengan cara memiliki dan menyimpan senaskah buku bertajuk ‘al-Furqan’, yang diharamkan melalui Fatwa Wilayah-wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 25 Januari 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Kamarulzaman didakwa menyimpan buku bertajuk ‘al-Furqan dan Tabut - Penjelasan Tentang Segala Sesuatu’ yang mana kandungannya bertentangan dengan hukum syarak.

Tak diwakili peguam

Bagi kedua-dua tuduhan, tertuduh didakwa masing-masing mengikut Seksyen 9 dan 13(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 sementara tarikh menjatuhkan hukuman dan pembentangan fakta kes pada 27 Mei ini.

Terdahulu, Zainor Rashid memberitahu mahkamah pihaknya menerima aduan mengenai tertuduh sejak Jun tahun lalu, sebelum melakukan penyelidikan dan operasi terhadap aduan terbabit.

Beliau berkata, pihaknya kemudian mengeluarkan waran tangkap dan geledah pada 21 Mac 2013, dan disusuli dengan penahanan pekerja kontrak itu pada awal pagi semalam di rumahnya, sebelum dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk siasatan.//(bharian)
-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers