Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah
menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan
Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.
Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi
untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan
pertanyaan: "Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh
pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup
rahsia tersebut?
Dakwanya lagi lagi, tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling
canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang
berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan
Hindi. Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari
mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang
kemampuannya terhadap apa yang berlaku.
"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun
jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara
pegunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat
terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti
fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.
Encik Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang
tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut
sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan,
tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.
Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh
USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja
telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu
tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat
pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada
pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat
secara sulit).
Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang
tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103,
yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh
orang-orang masih tidak diketahui.
Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat
merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara
tidak sengaja dilepaskan. Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan
terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui
kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi
telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang
melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan
hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.
"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan
komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi
saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar
pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika."
MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.
Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar
percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan
apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.
Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri,
di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill
untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini
ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada
kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.
-OpedNews/Mirror/terjemahan bebas:GB
Sumber