Seorang pelancong China dan seorang pekerja sebuah pusat peranginan telah diculik di Sabah oleh kumpulan lelaki bersenjata.
Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.
Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah dari Filipina.
Pagi hari ini, akhbar tersebut melaporkan semua 61 tetamu, 59 daripadanya warga Cina, memutuskan untuk keluar dari pusat peranginan tersebut.
Foto-foto di talian menunjukkkan para pelancong berkumpul di sebuah bilik makan, dan foto lelaki beruniform dengan rifel dan memakai jaket kalis peluru, kemungkinan anggota pasukan keselamatan Malaysia.
Dilaporkan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 11 malam, selepas wanita itu dilarikan dengan bot.
Sebuah gambar nota beliau (kiri) juga telah dimuat-naik.
Menurut wartawan tersebut, pelancong berkenaan mendakwa kumpulan lelaki bersenjata itu turut melepaskan beberapa das tembakan.
Agensi berita rasmi Xinhua berkata pegawai kedutaan China di Malaysia telah menemui Pesuruhjaya Polis Sabah dan menteri pelancongan negeri itu, dan menggesa mereka mengesahkannya dan menyiasat kejadian itu dengan segera.
Para pegawai kedutaan itu dalam perjalanan ke pulau peranginan itu yang terletak di sebelah tenggara Sabah, tambah Xinhua.
EssCom sahkan kejadian itu
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka ke Semporna berhubung perkara itu dan mengadakan sidang akhbar di Kota Kinabalu pada pukul 4 petang ini.
Wartawan yang berpejabat di Kota Kinabalu mendakwa bahawa polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, laporan Bernama menyatakan EssCom telah mengesahkan kejadian itu.
Ketua Pengarah (Kawasan Keselamatan Khas) Pantai Timur Sabah
EssCom, Datuk Mohammad Mentek berkata penculikan itu berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan untuk memberikan laporan penuh.
Insiden terbaru datang itu berlaku ketika ketegangan tercetus di China berhubung pengendalian Malaysia terhadap krisis kehilangan MH370.
meningkatkan keselamatan di sepanjang pantai timur Sabah ekoran serangan berdarah oleh puak Sulu di Lahad Datu awal tahun lepas.
Pada November tahun lepas, seorang pelancong Taiwan ditembak mati dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna.
Dia kemudian diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di selatan pulau Sulu.//(malaysiakini)
