Bongkar Punca Sikap Keluarga China
Protes Melampau, Tempelak Kerajaan & Rakyat Malaysia Disebalik
Tragedi Mh370 : Ada seramai 227 penumpang yang terlibat dalam tragedi
MH370 (KLIK SINI).
Mereka datang daripada pelbagai negara dan latarbelakang serta sebab
musabab terlibat dalam penerbangan yang sarat dengan tragedi abad ini.
Paling terkesan adalah keluarga pada setiap penumpang.
Ada yang mula menerima ketentuan dan
takdir dan yang sehingga sekarang dan tempat mereka lemparkan rasa marah
mereka adalah kerajaan Malaysia malahan rakyat Malaysia sendiri terkena
“tempiasnya“.
Begitulah tindakan kalangan 400
saudara-mara kelurga penumpang daripada 153 penumpang China amnya dan
rakyat China umumnya yang terlibat dalam tragedi MH370 yang masih lagi
menyimpan “dendam kesumat” terhadap Malaysia. Antara tindakan keluarga penumpang China MH370 kepada Malaysia ialah :
Tragedi MH370 : Tindakan Rakyat China kepada Malaysia?
- menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf
- boikot penerbangan ke Malaysia
- meneruskan tindakan mogok lapar sebagai protes kepada kerajaan Malaysia
- seringkali melakukan huru-hara dan menimbulkan kekecohan semasa berlnagsung taklimat rasmi perkembangan MH370 di malaysia
- membantah dan menyerangkan keduataan Malaysia di China
- melemparkan penghinaan terhadap pegawai kerajaan dan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 mac 2014
Sedangkan hakikatnya sekarang bukan
mereka sahaja yang kehilangan orang tersayang, keluarga Malaysia juga
kehilangan tersayang, begitu juga Indonesia, Australia dan ramai lagi.
Dan berdasarkan semakan Berita Semasa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keluarga China “bertindak luar biasa” berbanding keluarga mangsa lain. Antaranya ialah :
Punca Rakyat China Protes Kerajaan Malaysia & Benci Rakyat Malaysia
Ia sebenarnya ada kaitan dengan jiwa dan karakter unik yang ada pada rakyat negara China yang telah “terjajah” dalam diri mereka selama ini.
- Sebenarnya ramai rakyat negara China sudah mensyaki sejak sekian lama selama ini kerajaan China, dan pegawai-pegawai pemerintah tertinggi China acapkali cuba sedaya upaya menutup skandal & menyembunyikan kebenaran yang berlaku di China. Anda boleh lihat bagaimana realiti apa yang berlaku di alam siber China, acapkali berlaku protes di Internet setiap kali terdapat pengumuman rasmi dan dasar-dasar terbaru kerajaan China. Nah inilah sebab juga kerajaan Malaysia menghadapi situasi sukar apabila tragedi kali ini melibatkan rakyat China. Bukan sedikit, tetapi melibatkan ra…maiiii rakyat China yang mana mereka sangat percaya kerajaan Malaysia turut sama “tidak telus & jujur” melibatkan operasi SAR ini
- Kedua, ramai rakyat China masih lagi suka mengambil tindakan sendiri kerana sudah tidak percaya dengan undang-undang yang sedia ada. Kalau boleh mereka mahukan keputusan berada di dalam “tangan mereka sendiri“. Pada mereka, hanya “kuat” diadalah pemenangnya.
- Ketiga, berdasarkan pengamatan Berita Semasa kebnayakan budaya rakyat China lebih vokal setiap kali memperjuangkan hak mereka apatah lagi sekiranya ia dilihat tidak berpihak kepada mereka
- Keempat, hakikatnya negara China tidak mengamalkan undang-undang yang sebenarnya tetapi lebih kepada amalan pemerintaha ala-ala autokrasi yang yang kebnayakannya dimonopolit oleh kelompok elit China. Oleh sebab itulah, rakyat China sanggup berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan di bawah undang-undang yangs edia sehingga terbawa-bawa dalam apa juga situasi. Ini diakui sendiri oleh seorang penganalisis dari Beijing yang bernama Hu Xingdou
- Ini ditambah dengan kesan lampau yang masih terpahat dalam diri rakyat China sepanjang menempuh Revolusi Kebudayaan dahulu
- Kelima, sekarang ini berdasarkan kajian sejak 30 tahun dahulu rakyat negara China lebih gemar mengejar duit dan harta benda sehingga nilai murni yang pernah diterapkan dalam intiusi kekeluargaan dan di sekolah telah mula hilang
- Keenam, negara China dilihat bakal menjadi kuasa besar dunia di bawah pemerintahan Presiden Xi Jinping bersama-sama dengan slogan “China Dream” sehingga menyebabkan rakyat China mula berasa angkuh dan merasakan mereka sahaja yang betul
- Ketujuh, faktor terbesar yang menjadi kebangkitan kemarahan rakyat China disebalik tragedi MH370 ini adalah berpunca daripada mereka kehilangan orang yang tersayang.
Semakan Berita Semasa terhadap kajian
seorang ahli Sosiologi mengatakan keluarga China yang terpaksa tinggal
dengan keluarga mangsa penumpang MH370 dari negara lain yang turut
sama-sama mengalami kesedihan telah memberikan kesan emosi terhadap
mereka sehingga kadangkala mampu mencetuskan tingkah laku yang melampau.
Seorang profesor mengatakan, dengan
harapan yang diberikan kepada keluarga China, dalam pada masa yang sama
informasi yang bercelaru yang berterbangan “di mana-mana sekarang ini”
serta usaha carian MH370 yang dilihat tidak menentu pada mulanya
menyebabkan emosi mereka cukup terganggu. Walaubagaimanapun, kemuncaknya
tiba apabila Perdana menteri Malaysia mengatakan MH370 ”berakhir di selatan Lautan India” telah membangkitkan kemarahan rakyat China