PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 5 April 2014

Internet dibanjiri teori konspirasi tentang MH370

MH370 Selepas hampir sebulan berlalu, dengan maklumat yang tidak banyak, pelbagai teori konspirasi telah muncul untuk mengisi kekosongan maklumat itu dalam usaha untuk menjelaskan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Malah terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dalam talian Wikipedia yang menyenaraikan teori-teori tersebut.

"Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dapat mengesan sebuah pesawat komersial?" soal beberapa pengguna Twitter.
                      
Antara teori tersebut, yang nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yang dikaitkan dengan Diego Garcia, sebuah pangkalan bersama Amerika Syarikat dan United Kingdom di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepertimana dengan mana-mana teori konspirasi, butir-butir dan motivasinya dikatakan berbeza-beza, tetapi ia mendakwa MH370 dirampas - sama ada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas - dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan.

Malaysiakini telah memantau Twitter berkenaan MH370 sejak tiga
minggu lalu dan mendapati kebanyakannya menyebut Diego Garcia (kanan), khususnya di kalangan tweet yang telah dikongsi oleh beberapa pengguna lain.

Kisah Diego Garcia berterusan walaupun muncul teori-teori lain tentang apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200ER yang turut diperkatakan dalam wacana awam.

Sehingga semalam, terdapat 1,000 hingga 2,000 tweet setiap jam tentang MH370 bergantung kepada masanya, manakala tweet yang menyebut tentang Diego Garcia ialah sekitar 50 tweet sejam.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai Rumah Putih telah menolak teori tentang Diego Garcia itu.

Pangkalan tentera itu terletak lebih 4,000 kilometer dari tempat di mana analisis satelit menyarankan sebagai lokasi terakhir MH370.

Pada ketika ini, analisis satelit itu merupakan sumber yang paling konkrit untuk menentukan lokasi pesawat itu.//(malaysiakini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers