PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday 3 April 2014

Insiden Misteri Terowong JDT VS T-Team : JDT Menang Percuma 3-0 Tetapi Didenda RM30,000 Kerana Isu Keselamatan! Setuju?

Selepas 2 bulan terjadinya tragedi insiden terowong JDT VS T-Team, akhirnya pihak tertinggi bola sepak Malaysia (FAM) bersidang untuk mencari jalan penyelesaian bagi (TRAGEDI INI)

Akhirnya bersidang selepas 10 jam lamanya, FAM melalui Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menemui “hukuman” yang sesuai yang boleh diberikan kepada pasukan JDT. 

Hasil Keputusan Hukuman FAM Untuk Pasukan JDT?

 

  • Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung ‘insiden terowong,’. Bermakna ada isu keselmatan bukan?
  • Manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara
  • Tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan
  • FAM mengatakan Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
  • Siapakah individu misteri tersebut? Ehem……
Hukuman FAMAgak-agaknya jikalau melibatkan negeri lain, adakah begini denda diberikan? Tan Sri Anuar Musa buka mulut terhadap FAM dikenakan ban bertahun (CONTOHNYA DI SINI). Jikalau Kelantan, Sarawak yang “menimbulkan masalah”, berapa agaknya denda & hukuman akan dijatuhkan kepada mereka? Berita Semasa melihat di sini terdapat 2 keputusan yang berbeza iaitu :
  • FAM menghukum T-Team kononnya tiada isu keselamatan, dan keputusan dijatuhkan cukup pantas
  • JDT diberi kemenangan percuma 3 – 0 keatas T-Team
  • FAM menghukum JDT sebab ada isu keselamatan kerana gagal memberi kawalan keselamatan kepada T-Team sehingga pemain dan staf T-Team diserang oleh……….. Itupun selepas 2 bulan? Hebat…..
  • JDT didapati bersalah dan layak ke pusingan seterusnya Piala FA
Inilah yang dikatakan benar-benar luaskan kuasamu….
P/S : Berita Semasa teringat di zaman Khalid Shahdan dan Nasir Yusop. Setiap kali Johor menang, pasti akan dapat cuti negeri Johor. Masa itu pun terpaksa dengar radio untuk mengetahui secara langsung perlawanan bolasepak

PP/S : Baru-baru ini, dilaporkan seorang pemain bintang JDT dibayarkan rumah sewa tanpa had, kereta mewah Mercedez oleh pengurusan JDT. Jadi apalah sangat membayar denda RM30,000?

PPP/S : Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap FIFA, pengadil tidak dibenarkan meneruskan perlawanan andaikata tiada jaminan keselamatan untuk pasukan lawan. Apa respon balas anda pula?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers