PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 28 February 2014

'Spiderwoman' tak serik mencuri

KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, dia pernah digelar ‘Spiderwoman’ selepas tindakan nekadnya memanjat tingkat tiga sebuah asrama sekolah menengah di bandar raya ini semata-mata ingin mencuri kabel besi tembaga.

Susulan perbuatan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM1,500, namun ibu beranak satu itu seolah-olah tidak pernah serik apabila memecah masuk pula rumah milik seorang warga emas di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong Kuala Ibai, di sini, jam 11 malam, 17 Februari lalu.

Wook@ Murniyati A Rahman, 34, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal, di sini, mengaku salah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Berikutan pengakuan salah itu, dia dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim.

Wook mengaku salah melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik seorang warga emas, Arisah Abdullah, 62, sebelum mencuri pelbagai jenis barangan seperti sebuah televisyen Samsung
42 inci, gelombang mikro jenama Vidigo, pengisar roti, pakaian dan beg pakaian, enam keping permaidani, set pinggan mangkuk, cadar dan langsir, kerusi lipat plastik, kain samping benang emas,
mesin senaman jenama Osim dan pembesar suara.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Wook tidak diwakili peguam.

Terdahulu dalam rayuannya, Wook merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana memerlukan wang untuk menyara anak dan ibu yang sudah uzur.

Berdasarkan fakta kes, mangsa meninggalkan rumahnya dalam keadaan baik jam 11 pagi pada 1 Disember tahun lalu untuk ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, mangsa menerima panggilan daripada jirannya yang memaklumkan rumahnya dipecah masuk dan mangsa yang tiba di rumahnya pada keesokan harinya mendapati pelbagai jenis barangan hilang sebelum membuat laporan polis.//(sinarharian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers