PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 26 February 2014

Hidangan MAS dikritik lagi?

Gambar dari Instagram Chef Zam
SHAH ALAM - Ini bukan kali pertama makanan yang disajikan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mendapat kritikan.

Selepas nasi lemak yang dihidangkan mendapat perhatian chef tersohor negara, nasi berlaukkan asam pedas pula mendapat perhatian.

Seorang lagi chef terkemuka negara, Chef Zam memuatnaik gambar yang didakwa dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur itu di laman Instagram miliknya.

Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut.

Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.

"Ia sesuatu yang memalukan bukan sahaja untuk penumpang domestik tetapi yang paling penting kepada tetamu luar negara,"  tulis beliau pada kapsyen gambar yang dimuatnaik itu.

Sebelum ini, Chef Wan menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi MAS sebagai 'telanjang'.

"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.//(sinarharian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers