Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa
Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami
panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya
satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh
lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan
terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan
kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga
susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam
dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah.
Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek
lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau
bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
(PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham
Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam
kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara
yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri
Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
Sidek juga
mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru
betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian
yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk
Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus
pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai
yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa
di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan
ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa
terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah
panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi
Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke
kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan
oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perktaan “Pak Sheik” bermaksud
Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa
taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar selalu masuk kampus dan
bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela
rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini
yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan
Anwar adalah Sidek.
Selepas lulus dari universiti dan
menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya
akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai
Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya
bantu dari belakang.
Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila
Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru
Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah
menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan
orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja
tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini
berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang
sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam
yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau
samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah
diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana
beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan
mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa
kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri
Melaka.
Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal
keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah
bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek
terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga
bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap
keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau
bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan
dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal
dia, satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah
beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk
lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar
luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat
Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin
memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi
kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib,
Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu
Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS
kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek
ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari
separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek
dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad
Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan
Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat
Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua
orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih
senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure
dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan
Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar
menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang
beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study
Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian
itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke
jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat
merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk
melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang
Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di
Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di
UNISEL.
Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku
Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari
dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana
faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang.
Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable
academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam
International Journal yang beliau hasilkan.
Bila Dr Mahathir
menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan
reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang
menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan
pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO
yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM.
Sidek yakin
rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai
anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia
Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang
ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin
Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang
terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr
Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama
malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju
untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan
Gerakan Reformasi.
Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas
dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan
seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan
wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan
tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada
satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di
Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik
seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Kini baru saya faham
kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja
plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada
perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi
yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak
berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali
berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di
UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang
kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah
amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan
Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan
terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah.
Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang.
Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr
Mahathir.
Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang
dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk
Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang
dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi
menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja.
Mereka telah kenal pasti
113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan
ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang
rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar
Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya
bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba.
Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya
masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.
* Diterbitkan semula dari http://wrlr.blogspot.com/2013/04/siapa-sebenarnya-sidek-baba.html