PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 13 April 2013

Lelaki dakwa ditampar, disepak pemimpin kanan Umno

Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.

Menurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini, kejadian itu
berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.

Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan maalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Ketika dihubungi, balai polis di mana laporan itu dibuat mengesahkan menerima aduan tersebut.

Malaysiakini  tidak menyiarkan identiti pemimpin Umno tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komennya./ Malaysiakini

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Di negara kita, pergi seorang diri dah tak selamat. Lain kali ajak kawan2 temankan. Sarbini dan Tan Beng Hock pergi seorang diri, apa dah jadi. Kalau ada kawan2, boleh jadi saksi terhadap perlakuan kasar / insiden. Lepas ni belajar silat pertahankan diri dan belajar buah pukul. Kena penumbuk ,baru padan muka dia (samseng UMNO)
1 reply · active 623 weeks ago
budak baik's avatar

budak baik · 623 weeks ago

yang kena tu kakitangan awam yang bekerja di PICC

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers