Oleh: Mohd Sayuti Omar
Kapanlah Mahathir Mohamad akan insaf? Beliau terus merasakan
dialah terhebat berbanding dengan orang lain. Perangai dan sifat Yahudi
tersemai di dalam diri Mahathir. Satu keburukan dan kemurkaan Tuhan
kepada Yahudi ialah apabila kaum itu meletakkan dirinya lebih mulia dari
segala makhluk (manusia) lain dan menganggap bangsa lain lebih hina
dari haiwan. Nah begitu jugalah pandangan dan sikap Mahathir terhadap
orang lain. Dia suka merendah-rendahkan orang lain apa lagi mereka yang
difikirkan boleh mengatasi kehebatannya.
Dia juga seorang yang gila kepada pemujaan. Dia mahu dia dikultuskan.
Sesiapa yang boleh memuja dan mengagungkannya itulah orang baik dan
orang yang patut disokong. Baginya orang baik itu apabila sanggup
menjadi penjilat dan penghidu kentutnya. Orang itulah yang perlu diberi
kemenangan.
Dia juga seorang yang suka kepada penyanjungan. Dia juga mahu seberapa
ramai pentaksub kepada idea dan politiknya. Kalau orang menyanjungnya
dia akan membalas dengan memberi kesenangan duniawi seperti projek dan
sebagainya sebagai upah. Mahathir juga munafik. Dalam masa dia memperli
orang mencium tangan pemimpin kerana bodek, dia juga suka kalau orang
mencium tangannya seperti menghirup tea tarik, crupppp...
Dalam pada itu Mahathir juga seorang yang cemburu dan irihati. Sifat
buruk ini tidak boleh ditusuk selindungkan. Dia tidak suka kalau ada
orang lain mendapat penyanjungan seperti itu. Apa lagi kalau di dalam
Umno. Dia tidak mahu ada orang lain melebihinya. Justeru dia akan
berusaha untuk menyingkir tokoh-tokoh lain nyang mendapat penyanjungan
ahli. Dia hanya dia seorang saja sanjung tanpa dikosngsi dengan orang
lain. Inilah jenis manusia tamak.
Sebenarnya sifat dan sikap ini tidak sulit untuk mengenali Mahathir.
Cara dengan membangun negara dengan membuat berbagai projek yang besar
dan unik ia ada hubung kait dengan kedirian beliau sebabagai manusia
yang suka kepada sesuatu yang hebat dan dominan.
Kenapa dia sangat marah dan benci dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Terbaru
dia kata Tokguruku itu sebagai tamak kuasa? Siapa yang tamak kuasa
sebenarnya. Apabila terus mencatur politik Umno untuk memastikan anaknya
nak, itu bukan tamak? Semua orang tahu apa motif beliau bermati-matian
mempertahankan Umno. Bukan kerana agama dan bangsa, tetapi kerana
MUKHRIZ.
Dia marah kepada Nik Aziz kerana jelous dengan penghormatan dan
penyanjungan rakyat kepada Nik Aziz. Mahathir sangat menyempah gelaran
Tokguru diberikan Nik Aziz. Sebab itulah dia melarang orang Umno atau
pegawai kerajaan memanggil Nik Aziz sebagai Tokguru. Dia sendiri tidak
pernah mengikhtraf title tokguru yang diberikan kepada Nik Aziz.
Baginya gelaran tok guru itu tidak lebih satu tektik hendak mengelirukan
rakyat kononnya Nik Aziz sebagai manusia yang baik.
Kebencian dan rasa tidak senang itu bukan saja setakat dirinya anak
beranak, tetapi sampai dia pernah mengarah dan melarang orang Umno agar
tidak memanggil Nik Aziz sebagai Tokguru. Mana-mana ahli Umno tersasaul
cakap memanggil Nik Aziz dengan panggilan tokguru akan dimarahnya. Kalau
tidak percaya cuba sebut perkara itu didepannya, cuba rujuknya Nik Aziz
sebagai tokguru dia akan menarik muka 'buah genuak'. Pernah dia membuat
arahan jangan panggil Nik Aziz sebagai Tok guru semasa bercakap dalam
perhimpunan agung Umno.
Sebab itu orang Umno janggal hendak memanggil Nik Aziz sebagai Tokguru.
Di mana-mana dan dalam situasi apa mereka memanggil Nik Aziz sebagai Nik
Aziz tanpa ada gelaran mulia itu, Tokguru. Sebab itu kalau berbual
dengan orang Umno mereka tidak menyebut perkataan Tokguru. Kecualilah
orang Umno yang menyertai PAS baru mereka mengguna istilah berkenaan.
Itu pun masih kekok dan telor kerana mulut mereka sudah tertelan air
liur kebencian Mahathir kepada Nik Aziz.
Sebagai seorang yang cemburu dan irihati, dia suka kepada orang
memujanya. Dia mahu dipuja seperti orang memuja dan memuliakan Nik Aziz
atau Abdul Hadi Awang atau Allayarham Fadzil Mohd Nor. Mahathir mahu
rakyat berbilang kaum melakukan ke atasnya seperti mana diterima oleh
Nik Aziz. Mahathir tahu yang menghormati, mencium tangan atau menanda
doa Nik Aziz bukan saja orang PAS, tetapi orang luar dan beragama lain
juga menghormati Nik Aziz. Inilah menyebabkan dia sangat kecewa.
Makanya bila ada sesiapa yang 'sesat' dan jahil membuat pemujaan
kepadanya, dia sangat suka dan menghargainya. Akan dibalas atau
diberikana apa saja kepada orang yang memujanya. Semasa dia menjadi PM
dan berkuasa, Mahathir tidak segan silu akan memberi projek yang nilai
jutaan ringgit kepada pemujanya. Dalam kata lain Mahathir sanggup
membayar upah orang yang memujanya dan mengatakan dialah orang
tercerdik.
Tenguk apa berlaku kepada Inchek Ibrahim Ali. Mahathir memuji Ibrahim
dan mengangkatnya ke tempat paling tinggi. Kalau di Kelantan kedudukan
dan martabat Ibrahim dalam kaca mata Mahathir jauh lebih tinggi dari
Mustapa Mohamad atau Annuar Musa. Tidak mungkin Mahathir tidak mengenal
peribadi Ibrahim Ali dan moral politiknya. Tetapi kenapa dia boleh
iktiraf Ibrahim kerana Ibrahim sanggup melakukan apa saja untuk
Mahathir. Apa yang berlaku ke atas Ibrahim ini satu bukti jelas mengenai
sikap dan sifat manusia bernama Mahathir Mohamad.
Manakala Mustapa baik Annuar baik, mereka tahu kalau dia hendak dilayani
seperti Mahathir layan Ibrahim itu dia kena jadi seperti Ibrahim.
Tetapi orang macam Mustapa dan Annuar yang ada moral dan integriti tidak
akan meletakkan dirinya serendah itu. Mereka tidak akan tidur dalam
kandang lembu walaupun mereka suka makan daging lembu.
Ibrahim pula serorang manusia tidak pernah menghitung soal moral politik
akan melakukan apa saja asal ianya dibalas dengan material. Seorang
pengamal politik material seperti Ibrahim tidak akan pernah mengira soal
moral dan nilai-nilai agama dalam setiap perbuatannya. Baginya soal
moral, maruah dan juga hukum hakam tidak perlu ada ada dalam kamus
siasahnya. Sifat politik Ibrahim macam budaya buaya. Buaya akan memakan
apa saja termasuk bangkai agar boleh mengenyangkan perutnya.
Kemuncak kesanggupan paling tidak bermaruah ialah sehinggakan sedia
menghina diri sendiri apabila beliau (Ibrahim) sanggup mencium punggung
Mahathir. Mahathir pula sebagai seorang gila kepada publitisi, gila
kepada pemujaan ke atasnya, sangat suka dengan apa yang Ibrahim lakukan.
Betullah orang gila hanya memahami jiwa orang gila?
Dari segi moral politik, pengkhianatan Ibrahim demi kepentingan tembolok
politiknya sanggup melakukan apakah saja untuk memuaskan hati Mahathir
hatta memakan daging kawan sendiri. Pertama ialah Ibrahim sanggupenghina
Anwar untuk membela Mahathir. Kedua ialah dia sanggup
memperolok-olokkan Tewngku Razalegih Hamzah yang boleh dikatakan sebagai
bapak angkatnya demi kepentingan politiknya. Dan dia juga sanggup
menghina dan mengei tokguru Nik Aziz demi survival politiknya.
Tiada alasan lagi untuk tidak boleh mengatakan politik Ibrahim adalah politik binatang.
Mahahatir tidak puas dan dia sedang memburu kemewahan demi kemewahan.
Hari ini Mahathir sedang berkempen dan memujuk Najib agar memberi laluan
kepada Ibrahim di Pasir Mas. Mahathir mahukan Najib beri peluang
Ibrahim bertanding dan meminta Umno menyokongnya. Kalau BN tidak boleh
bagi lambang dacing cukuplah Umno menyokong Ibrahim tanpa meletakkan
calon.
Sampai ke tahap begitu sekali tindakan Mahathir. Apakah dengan
bersekongkol dengan orang yang tidak ada nilai dan moral politik kita
tidak boleh mengatakan Mahathir juga 2 x 5 saja dengan Ibrahim.
Persoalan kini apakah Najib Razak boleh mengikut kehendak dan dengar
nasihat Mahathir? Apakah Najib akan memberi laluan kepada Ibrahim?
Sekiranya Najib juga bersedia memberi laluan jelaslah moral dan nilai
politik Najib lebih kurang nilai dan moral politik Mahathir dan Ibrahim
Ali saja.
Bagi Najib tidak ada masalah. Pengamal politik Machiavelli akan
melakukan apa saja asal ia menjamin kemenangan. Dalam politik demokrasi
yang tidak beteras dan bersempadankan Quran hadith akan berkubang dengan
apa saja berbejatan. Tetapi bagaimana dengan ahli Umno bawah sana?
Apakah mereka juga akan ikut sama merendahkan diri mereka ke tahap
sehina itu?
Berapa kali lagi mereka (rakyat Pasir Mas) harus dipermai-main dan
diperolok-olokkan oleh Ibrahim. Tahun 1990, rakyat diuar-uarkan politik
Perpaduan oleh Ibrahim. Tahun 1995 beliau kembali bersama Umno semula
meninggalkan politik perpaduan. Tahun 2004 beliau menentang Umno atas
rasa ketidakpuashatian. Tahun 2008 beliau 'menganut' Islam sekejap
bersama PAS. Dan kini ingin kembali (murtad) kepada tapak asal yang
pernah diberak dikancingnya.
Apakah orang seperti ini tokoh sanjungan pengundi di Pasir Mas. Kalau
Mahathir bersedia memikul Ibrahim tidak mengapa, ia munasabah kerana
Mahathir lebih kurang Ibrhaim saja. Tetapi kalau Najib juga ikut sama
terpesona dengan Ibrahim maka kelas politik Najib lebih kurang saja
dengan politik Ibrahim dan Mahathir.
Membenarkan Ibrahim mendapat laluan di Umno di Pasir Mas yang akan
mendatangkan bala besar kepada Najib. Mungkin bagi Najib ia tidak
merupakan kesalahan malahan itulah pelampung penyelamat bagi Umno yang
terbaik walaupun ia sudah bocor. Rasanya ahli Umno di Pasir Mas bukan
pelahap kepada duit dan kuasa. Bagi mereka yang ada integriti lebih baik
kalah dari menang menerusi orang seperti Ibrahim Ali.
Tindakan Najib memberi laluan itu juga satu penghinaan kepada kepimpinan
dan ahli Umno Pasir Mas. Dan mereka yang ada moral rela kalah atas
kebenaran dari menang atas kebatilan. Itulah dinamakan manusia sebagai
makhluk yang mulia di sisi Allah. [wm.kl.11:39 am 07/04/13]