PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 11 April 2013

Chua Soi Lek Sudah Kecut Perut dan Mengaku Kalah



Oleh : Mohd Sayuti Omar

Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini dengan rasmi menyatakan dia tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-13 nanti. Alasannya ialah kerana beliau ingin membuktikan dia seorang yang mementingkan parti daripada kepetingan diri sendiri.

Alasan diberikan Soi Lek itu begitu indah dan ikhlas bunyinya. Tetapi seramai mana yang mempercayai akan keikhlasan itu? Bukan tindakan Soi Lek itu menandakan dia sudah mulai kecut perut kerana melihat kebangkitan rakyat hari ini yang ingin menghukum UBN sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sebelum ini Chua Soi Lek cuba sedaya upaya untuk memecahkan pakatan PR terutamanya di antara PAS dengan DAP dengan menimbulkan berbagai provokasi dan fitnah. Beliau juga lantang menentang hudud di mana ia dilihat kontras dengan DAP yang lebih bersikap terbuka mengenai hudud. Chua Soi Lek cuba memberi gambaran yang DAP menyokong hudud dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang-orang Cina.

Walaupun Soi Leki sekongkol dengan Umno menolak hudud dan cuba menarik perhatian masyarakat Cina tetapi ia tidak membawa perubahan positif terhadap sikap politik orang Cina. Malahan orang Cina semakin dilanyak oleh Soi Lek mereka makin rapat dan melekat dengan DAP. Orang Cina yakin dan percaya DAP dalam isu hudud berbanding dengan Soi Lek atau MCA yang agak redikal.


Kesediaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah Johor memberi pukulan maut buat Soi Lek. Orang Cina melihat keberanian Lim Kit Siang itu membuktikan kebenaran DAP. Penghijrahan Lim Kit Siang itu menyebabkan kebangkitan masyarakat Cina semakin bertambah. Tiba-tiba sahaja keputusan Lim Kiat Siang itu menaikkan semangat masyarakat Cina. Sokongan orang Cina kepada DAP dan parti-parti PAS dan PKR juga meningkat.

Ceramah anjuran PR tidak kira parti semakin mendapat sambutan akhir-akhir ini. Ia terus meningkat sebaik parlimen dibubarkan. Khabarnya sudah lebih 85 orang Cina di Johor menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat berbanding sebelum ini sekitar 70 hingga 75 peratus.

Peningkatan ini mungkin menyebabkan Chua Soi Lek mengambil langkah surender awal uttuk tidak terlalu menjatuhkan air muka pada pilihan raya kelak.Perubahan sikap orang Cina itu juga kerana mereka tidak yakin dengan kepimpinan Chua Soi Lek yang dikatakan banyak bertolak ansur dengan Umno terutamanya dalam soal pembahagian kerusi.

Satu kerusi yang dituntu oleh MCA tetapi gagal diperolehi ialah Wangsa Maju. Kerusi Wangsa Maju asalnya kepunyaan MCA tetapi kini cuba diropak oleh Umno. Pergolakan di antara MCA dan Umno Wangsa Maju hari ini tidak boleh dibendung lagi.

Dalam pada itu Lim Kit Siang meletakkan sasaran 15 kerusi parlimen di Johor akan ditakluki Pakatan Rakyat pada pilihan raya kelak. Angka itu melebih tiga kerusi berbanding keyakinan Salahuddin Ayub yang menyakini Pakakatan Rakyat akan membolot sekurang-kurang 12 kerusi.  Saya sendiri meletakkan sasaran kurang 10 kerusi.

Menyedari perkembangan memberangsangkan inilah maka Chua Soi Lek terpaksa mencari helah untuk tidak bertanding dan hanya mahu menjadi pekerja kuat parti sahaja. Jelas Chua Soi Lek kini sudah ketar lutut dan langkahnya untuk tidak bertanding itu kerana sudah berbau kekalahan teruk MCA dan UBN.

Kerusi-kerusi yang disasar oleh Lim Kit Siang ialah; ialah Ladang, Muar, Batu Pahat, Tanjung Piai, Gelang Patah, Pulai, Teberau, Kulai, Air Itam, Simpang Renggang, Kluang, Segamat, Labis, Johor Baharu, Semberong di samping Bakri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers