PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 26 September 2012

Pegangan Akidah Mahathir Tersasar Lagi

 
Isu Kenyataan Mahathir mengenai hukuman HUDUD 

Mohd Azmi Abdul Hamid

TERAS kesal dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan mengikuti Sunnah dan Hadith tidak wajib untuk menentu hukum Islam.



Ini jelas adalah kejahilan dan penolakan pegangan pokok umat Islam yang termasuk dalam salah satu usul tunjang dalam Aqidah orang Islam.



Pendirian beliau sangat tersasar dari pegangan Aqidah ahli Sunnah Wal Jaamah yang tidak ada khilaf sama sekali di kalangan para ulama iaitu rujukan kepada Al Sunnah dan berpandu kepada Hadith Rasulullah s.a.w dalam menentukan hukum selepas Al Quran adalah wajib.



Beliau sendiri tidak sepatutnya mengeluarkan pandangannya dalam hal ini kerana beliau bukan ahli dan tidak berkelayakan untuk mengeluar pendapat yang menyentuh soal pokok dalam hukum Islam.



Dengan mengatakan bahawa hudud tidak ada dalam Al Quran dan ia hanyalah tafsiran pihak yang mahu menunjukkan lebih Islam dari orang lain serta rujukan kepada Al Sunnah dan Hadith tidak wajib adalah pernyataan yang boleh menjejaskan pegangan aqidah beliau sendiri.



Beliau juga cuba membawa fahamannya sendiri bahawa hukum hudud tidak membawa keadilan kerana ia tidak sesuai dengan keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama.



Anehnya beliau jugalah yang sebelum ini mempelawa agar PAS menerima UMNO untuk melaksanakan hudud.



TERAS mengesa agar beliau berhenti dari mengeluarkan pendapat yang tidak layak baginya sebagai orang yang bukan menguasai bidang ilmu agama.



Sebenarnya pemikiran liberal seperti inilah yang sepatutnya ditegur oleh para ilmuan dan ulama kerana ia boleh mengelirukan orang awam.



TERAS berkali-kali menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu mengujudkan sebuah Forum Khas untuk sesiapa yang mahu memberi pandangan mengenai hal yang berkait dengan hukum hakam Islam hendaklah dibentangkan kepada forum tersebut.



Ini adalah bagi mengelakkan pihak yang tidak mempunyai kedalaman ilmu Islam tidak dengan mudah mengeluarkan pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai terutama bila dijadikan bahan debat dalam media massa.



Pendapat Tun Mahathir ini cenderung untuk menunjukkan kesamaaan dengan pendapat golongan anti-Hadith yang pernah timbul dalam masyarakat.



Pegangan golongan ini telahpun ditolak oleh para ulama dan ia perlu dihalang dari berkembang.



Pihak berkuasa agama perlulah mengambil tindakan membetulkan pandangan yang keliru dan sesat ini agar orang awam tidak mudah terpengaruh dengan pegangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang sahih.



Jika beliau tidak ditegur dan pihak kerajaan membisu ia menunjukkan pemahaman sesat seperti yang diungkap oleh Tun Mahathir diterima dan dibenarkan berkembang di Negara ini.



Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers