Apatah lagi, Wan Azizah yang naik ke pentas utama kemudian membaca semula surat itu hingga menitiskan air mata.

Antara petikan surat itu yang dibaca penuh perasaan ialah: “Azizah darling, tolong berhati-hati ketika membawa makanan.”
“Kalau kami bawa makanan, kena sembunyi-sembunyi, kalau kita bagi cekodok, terpenyek, tak apa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melelong surat itu di Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Stadium Tertutup Melawati di sini, malam tadi.
Selain bertanya keadaan anak-anak, Wan Azizah berkata, Anwar juga memintanya berbincang dengan Khalid Jaafar dan Zunar bagi menangkis serangan propaganda media kawalan Umno.
Selepas membacakan surat itu, beliau menyerahkan surat yang disimpan dalam bingkai khas kepada pembelinya dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.
“Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,” katanya.

Lelongan itu bermula RM3,000 hingga dibida kepada RM30,000 tetapi pembelinya – atas semangat perjuangan – kemudian menaikkan kepada RM32,000.

Pen itu memiliki nilai sentimental kerana digunakan Setiausaha Agung DAP itu untuk menulis surat kepada isteri dan rakannya, ketika di Penjara Kajang.
Ketiga tertinggi ialah lelongan gambar milik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan nilai RM17,000.

Barangan peribadi milik Mursidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh, dilelong dengan nilai RM12,000.
Ia ialah poster filem berjudul Singh is King dan gambar asli Nik Aziz yang dirakam pada 27 September lalu.
Barangan peribadi milik bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor turut dilelong iaitu plak dan gambarnya dengan nilai RM11,000.
Teddy bear milik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan,Selangor, Teresa Kok pula dilelong RM10,000.
Pada majlis itu, hasil lelongan ialah RM182,000 manakala kutipan derma pula RM19,508.
-sumber