Ia bermula apabila Miguel Guzman meninggal pada tahun 2006.
Seminggu kemudian keluarganya menemui anjing peliharaan lelaki itu bernama Capitan di sisi kubur Guzman.
Ketika itu Capitan sedang melolong…seolah-olah ‘merintih’ kesedihan di atas pemergian Guzman.
Percaya atau tidak, kini, setelah enam tahun, Capitan masih setia di sisi pusara tuannya itu!
Veronica, isteri mendiang Guzman berkata;
” Kami mencari dia (Capitan) merata-rata, tapi kelibatnya hilang begitu saja. Kami waktu itu ingat Capitan dah mati.
” Pada hari minggu berikutnya, kami mengunjungi kubur (Miguel Guzman). Capitan mendatangi kami, menggonggong dan melolong, seperti menangis,”
Menurut Veronica, dia sebenarnya hairan kerana tidak pernah membawa Capitan ke kubur suaminya.
Tetapi entah bagaimana, kata Veronica, anjing itu berjaya juga ‘menghidu’ tempat di mana suaminya itu dikebumikan.
” Kami ke kubur itu lagi pada minggu berikutnya dan Capitan sudah pun ada di sana.
” Kali ini Capitan ikut kami balik dan sempat tinggal di rumah seketika, tapi kembali semula ke kubur tuannya waktu hari mulai gelap,” kata Veronica.
SEMENTARA itu, pemilik tanah perkuburan tersebut, Hector Baccega berkata, dia masih ingat pada hari ketika melihat anjing itu untuk kali pertama.
” Suatu hari Capitan muncul, sendirian, dan ‘menjelajah’ ke seluruh petak kubur, akhir sekali anjing itu menemui kubur tuannya.
” ‘Rutin’ Capitan cukup mudah, kadang-kadang Capitan ‘bersiar-siar’ di sekeliling tanah perkuburan ini, tapi selepas itu Capitan kembali ke kubur Guzman.
” Setiap hari pada pukul enam petang, Capitan akan berbaring di atas kubur Guzman sehinggalah keesokan harinya, ” kata Baccega.
Menurut Baccega, para penjaga kubur Villa Carlos Paz ini akan memberi makan pada Capitan.
Dalam perkembangan berkaitan, anak lelaki Guzman, Damian berkata;
” Saya beberapa kali membawa Capitan pulang, tapi dia selalu kembali ke kubur ayah saya.
” Saya rasa dia akan terus berada di sana sampai mati,” katanya. – Mynewshub.my