PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 1 February 2014

Khairy Jamaluddin tidak izin Lee Chong Wei bertanding PRK Kajang

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak membenarkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijadikan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Khairy Jamaluddin berkata, Lee adalah harta negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK DUN Kajang.

Beliau berkata demikian melalui akaun Twitternya ketika mengulas cadangan parti komponen Barisan Nasional yang ingin meletakkan Lee sebagai calon di Kajang.

"Tolong jangan sentuh Lee Chong Wei.

"Dia adalah harta negara. Sebagai menteri sukan saya tidak benarkan," tulisnya sebagai membalas pertanyaan seorang pengikutnya di laman itu, seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Lee sebagai calonnya.
Semalam media melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyenarai pendek calon yang akan bertanding di DUN Kajang, Selangor.

Ketika ditanya media mengenai pemilihan Lee, Tiong Lai bagaimanapun enggan mengulas mengenai  perkara itu. – 1 Februari, 2014.//(TMI)
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers