Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.
bunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
LENGAN kanan Issac lebam dipukul.
“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.
-sumber