PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Sunday, 26 January 2014

Bezakah ALLAH di Semenanjung dengan Sabah Sarawak?

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengesa kerajaan mengembalikan keputusan asal membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu digunakan oleh penganut Krisitian di Sabah dan Sarawak sahaja.

Beliau juga menyifatkan pendirian Mahathir itu sebagai tidak konsisten apabila cuba membuat  pusingan U kenyataannya sedangkan kebenaran itu turut telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor pada 1988, iaitu ketika beliau menjadi perdana menteri lagi.

“Adakah ALLAH di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak? Apa logiknya, saya masih tidak memahaminya? Apa yang Tun Mahathir cakap itu tidak konsisten, dekat Semenanjung tidak boleh, di sebelah sana boleh pula.

“Perkara itu diluluskan ketika beliau perdana menterinya, saya fikir peliklah tiba-tiba dia kata dekat Sabah Sarawak boleh, dekat Semenanjung tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, larangan itu perlu bersandarkan kepada hukum dan perundangan Islam dan ia tidak sepatutnya mengenakan larangan tersebut mengikut kawasan tertentu sahaja melainkan untuk menjaga kepentingan umat Islam.

“Kalau ia salah dari sudut undang-undang Islam, sepatutnya semua tempat tidak boleh, kecuali ada sebab-sebab tertentu yang perlu diperjelaskan atas kepentingan umat Islam tertentu di Semenanjung itu tidak boleh, maka ia diharamkan atas sebab-sebab tertentu.

“Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pun tidak betul, bila benda jadi kelam kabut, orang Islam pun tidak tahu apa sebenarnya hukum yang sebenar,” katanya lagi sambil menyifatkannya sebagai percaturan politik yang dimainkan Umno-BN untuk kepentingan mereka.//(sinarharian)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers