PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday 27 January 2014

KJ gesa cikgu 'terlampau' dibuang perkhidmatan

SHAH ALAM - Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya.//(sinarharian)


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers