Video seks Nik Aziz :
Dijangkakan lebih banyak cerita-cerita politik lucah seperti ini akan
menghiasi kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Sebelum ini sudah ada
kalangan blogger Malaysia yang kerapkali menjulang politik lucah di
Malaysia mencanang bakal mengeluarkan video seks Nik Aziz Nik Mat di
Mekah katanya tidak lama lagi (SEPERTI DI SINI). Sampai begitu sekali? Terkini….
Lagi Video Seks Nik Aziz Didedahkan?
Sebab apa penyebaran video seks dan
politik Malaysia semakin berleluasa. Kami tidak pasti apa sebabnya. Kena
tanya sendiri dengan pihak polis. Yang pastinya politik lucah semakin
berleluasa di Malaysia. Dan kami yakin jika tidak dibendung daripada
sekarang, tidak lama lagi, dakwaan demi dakwaan video seks pemimpin
politik termasuklah dakwaan video seks Nik Aziz akan menjadi perkara biasa dan siulan kalangan blogger blogger Malaysia yang acapkali memperjuangkan politik lucah di Malaysia.
Apa yang kami rasa jijik tindakan menyebarkan secara berleluasa video lucah kepada umum (KLIK SINI)?
Apa mereka tidak fikir kesannya kepada masyarakat? Apakah mereka ini
tidak ada sekelumit kerisauan kesan kepada anak-anak kecil mereka,
masyarakat?
Jikalau di ruang lingkup Internet
sekarang ini, semakin galak kalangan pengguna Internet berkongsi video
demi video, gambar lucah demi gambar lucah di sana-sini, mengalahkan Cina Komunis yang mengharamkan laman web lucah, tetapi di Malaysia suka-suka hati berkongsi tanpa rasa bersalah.
Apa yang perhatikan sekarang ini, trend
di mana dicampakkan video lucah atau gambar lucah yang didakwa
membabitkan pemimpin politik semata-mata untuk mewujudkan persepsi
umum. Benar, ramai yang tidak suka kalangan yang tidak suka termasuklah
kami sendiri pemimpin yang tidak bermoral & rendah akhlaknya. Jadi,
sepatutnya :
- Jika benar mana-mana pemimpin itu melakukan jenayah dan salah laku menyalahi syariat Islam, individu terbabit sepatutnya menggunakan mekanisme perundangan Islam seperti membuat laporan kepada pihak berkuasa dan dakwanya di mahkamah
- Bukannya seperti perbuatan mereka yang sebarkan video di YouTube dan CD itu tidak bermoral.
Dalam keadaan negara kita menuju sistem
demokrasi yang matang, seharusnya rakyat ditawarkan tentang program
pembangunan ekonomi, pendidikan dan fakta kenegaraan bukan benda lucah
dan fitnah di peringkat umum.
- Berita Semasa tolak “character assassination based tactical”
- Berita Semasa lebih gemar melihat kepada pembentangan pakej manifesto yang ditawarkan oleh BN mahupun PR kepada anda,anada semua sebagai rakyat Malaysia
- Berita Semasa menolak budaya politik seks, kafir mengkafir, menggunakan agama untuk tujuan meraih undi dalam politik, caci-maki antara kedua belah pihak
P/S : Jikalau mahu menang sekalipun, berkempenlah dengan cara yang lebih berilmiah
PP/S : Innalillahiwainnailaihirraji’oun,
moga yang memfitnah akan dibuka pintu hati untuk mendapat hidayah
supaya bertaubat dan insaf sebelum terlambat, sama-sama nasihat
menasihati. Apa pandangan anda melihat trend politik lucah di Malaysia
ketika ini?
Apapun perubahan terbesar yg paling berkesan ialah tukar ubah kerajaan.pilih PR,tolak BN dan kroni kroni buncit pembolot pemonopoli wang cukai rakyat..
ReplyDeleteBiasalah!!! Salah satu tanda hari akhir zaman. Buat ingatan orang yang bertakwa.
ReplyDeletesaya setuju sangat blog ni namanya blog hangit. Ceritanya semua hangit dan tak berlandaskan fakta tetapi fitnah. Apa cerita pun cari bukti baru cakap. Banyak spekulasi.....susah nanti.....kesian blogger nak minta maaf.....nanti. Apa pun akhirnya jujurlah pada diri sendiri. Apakah anda yakin apa yg ditulis ni semuanya benar......
ReplyDelete