KOTA BHARU: Penyanyi Aishah (gambar)
atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi
mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk
atapnya untuk dipasang kamera.
Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.
Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.
“Syukur
alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita,
begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi
petunjuknya nanti,”ujar Aishah.
Beliau berkata demikian ketika
mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS,
Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara
semalam.
Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.
Bagi
Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat
akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk
mempertahankan hayat.
Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri
Sembilan itu berkata, ianya dijangka ‘bom’ hayat untuk menyelamatkan
parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang
semakin mendapat sokongan rakyat.
Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata ‘makan diri’ kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.
Beliau
yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka
telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.
Jelasnya,
mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka
sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.
“Pihak
lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar
mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.
“Tidak
perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan
kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah
yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita
juga,”ujarnya.
Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.
Sepanjang
seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan
dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk
membeli belah di Bazar Buluh Kubu.(harakahdaily)
Dalam bilek air seorang saja apa nak jadi fitnah. Ni dalam bilek hotel dengan yang bukan muhrim dan tiada ikatan perkahwinan.
ReplyDeletewoiii anon yg yg bangang...lu singkat otak la. Aurat wanita juga satu fitnah dan mengaibkan...apa ke bodoh punya komen. Kalau aurat mak lu atau bini lu atau sesape je di pamerkan di khalayak ramai, lu x rasa apa2 ke..atau lu spesis lembu?.
ReplyDeleteHendak cari publicity murahan.
ReplyDeleteBuat malu orang-orang PAS sahaja.
Berapa ramai perjuangan PAS yang asli dan sudah berpuluh tahun berjuang dibawah PAS. Senang-senang engkau menjadi calon PRU13.
Kemanakah menghilangnya veteran PAS dan memberi laluan mudah kepada manusia artis yang baru menjadi AHLI PAS.
Trend muka-muka baru dan baru menjadi ahli PAS.
ReplyDeleteAdakah mereka setia dengan perjuangan PAS.
Adakah mereka dilatih untuk melompat ke UMNO jika UMNO sesak nafas.
Fikir-fikir la....?
Fikir pm yg suka k pop gangnam style n bini joget
ReplyDeletehindustan lagi bagus.kalo dah bapak mcm tuh.agaknya
apa yg akan jd kat rakyat malaysia.tak yah fikir mender x tau lagi.
Yg jelas disaksikan jutaan terhegeh2 rai salam ngn pmpuan pkai
nampak spender n joget hindustan laga pipi ngn jantan tuh patut
difikirkan anone 08:29 oii.
Kepada ahli PAS lama. Anda sudah tidak relevan. kalau ceramah setakat nak maki orang, marahkan jiran sebelah bila anda pasang speaker luar rumah kuat2 kena tegur. Apasal aku nak sokong orang yang bodoh sombong macam ni. Mana budaya ilmu yang dibawa. Apa idealism yang dibawa. Kalau ramai macam Rafizi lebih bagus.
ReplyDeleteTak baik tau maki orang nyah,i sedih tau,jangan nyah kang menggigil i terkam u nyah,aaw tak relanya.
ReplyDeleteSemua bodoh di permainkan oleh dunia politik. Awat hampa semua ada mslh ke nk melakukan rukun islam dan rukun iman???????? Selama hampa duduk kt mesia ni.
ReplyDeletelebron 11
ReplyDeleteoff white x jordan 1
kyrie 3
supreme clothing
mbt shoes
adidas superstars
fila disruptor
cheap nfl jerseys
curry 4
supreme hoodie