PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 28 August 2013

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011]

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE
Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
 
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."-Nostradamus
Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :


-klik untuk besarkan-

MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
Wallahualam...
 

20 comments:

  1. Klu gitu melayu ni memang dari keturunan yahudilah? Patutlah najib ambil APCO untuk jadi penasihat negara ek. Dan simbul 1 malaysia pun diambil drp yahudi laknatullah. Dan nanti endless possiblites pun ambik drp yahudi. Melayu omno memang yahudi tapi melayu bukan omno bukan yahudi sebab hati melayu yahudi tak sama ngan hati melayu yahudi. Kecenderungan mekayu yahudi untuk buat jahat tapi melayu bukan yahudi sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati kau yang Yahudi, bangang punya orang.... bapak kau dengan mak kau keturunan cina DAPig main keluar engkau anak haram jadah... keturunan Anwar Al Kaki Jubur... Kau memang keturunan Bangkai, Bangkai yang memang hendak menghancurkan sesama Manusia dia Malaysia ini terutama orang melayu Islam. Lahanat punya orang. Aku sumpah engkau dan keturunan engkau hidup merempat dan mengemis di Negara sendiri. puuuiiiih..

      Delete
  2. Melayu bukan keturunan yahudi, melayu ada kaitan dengan bani israel. Yahudi dan bani israel itu beza ibarat membezakan si ibu dengan si anak.

    ReplyDelete
  3. Betultu anon 3 September 2013 12:59
    Bani israel melahirkan banyak keturunan yang salah satunya yahudi...

    ReplyDelete
  4. jangan jadi dungu sangat ...x semua yahudi jahat yg jahat ialah Zionis,Zionis ialah fahaman dan anutan sama seperti Nazi dan Komunis...dan ada hadis Nabi Muhammad SAW tak perlulah saya nyatakan disini kerana x pakar sangat ...tapi Baginda menyebut bahawa yg akan menjadi pembantu Imam Mahdi nanti ialah pemuda Bani Ta Mim...yg berkemungkinan bermaksud Tanah Melayu<<<Ta =T,Mim=M

    ReplyDelete
  5. kita semua sama saja makhluk Allah...siapa kita untuk menentukan orang tu salah orang ni salah...apa yang dibongkarkan adalah satu cebisan kepada kita utk mengerti nilai sebenar kenapa Allah ciptakan kita...x perlu nak tunding jari pada apa2 bangsa pun....yang penting hati kita mahu dibersihkan sebelum menghadap Ilahi....amin...

    ReplyDelete
  6. Woi Mafia Wars kaw xde OTAQ ke!! ZEro2, Klau nk MAki Pn ingtlh DOSA!!!!

    Ke KAW Xde AGAMA!! Kurang ASAm punyo MAfia>>Fck UUUU!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Mana member tu tak maki..habis yang komen tu pun tak ambil sudut positif kajian tu..siap main tuduh tuduh je...membaca tu jambatan ilmu.. Apa yang tak betul buang.. Yang betul ambil sebagai panduan.. Jangan bodoh sombong la bro..

    ReplyDelete
  8. Ini bukan ruangan komen politik..kenalah pandai bezakan...

    ReplyDelete
  9. Ingat cerdik sangat bila buat komen nampak sangat bodohnya. Lebih baik diam dari berkata-kata.

    ReplyDelete
  10. Bangsa yahudi manaseh dikatakan dahulunya mengembara di tanah melayu dan membuat penempatan di negeri sembilan iaitu di juasseh.. dan mengikut fakta dan catatan yang aku kaji dan selidik, ternyata budaya kita sama seperti memakai songkok (harus ingat di greece pun depa pakai songkok) sebagai pakaian adat budaya bangsa.. dan aku telah mengkaji bahawa ketika zaman perang teluk dulu kita adalah pembekal bom nuklear hasil pengajian kitab2 lama melayu.

    ReplyDelete
  11. Kpd Seketurunan dgn ku iaitu Keturunan Adam &Hawa. Tak payah nak tunjuk lagak Dan sombong sgt Kat ruangan ni. ilmu kita terbatas begitu juga pengetahuan kita. Kerana kita bukan lah Sang Pencipta Alam ini. Utk makluman semua, kita Semua ni meminjam bumi Allah S.W.T saja. Apa hebat sgt nak tuding Jari sesama kita. Akhirnya Perbalahan & Peperangan. Siapa rugi??? Renung diri & Tanya diri sendiri, hebat sangat ka diri tu?

    ReplyDelete
  12. Selamat datang ke House of gereja Illuminati di mana anda boleh menjadi kaya terkenal dan popular dalam kehidupan, Sertai persaudaraan Great Illuminati di seluruh dunia, Kami berada di sini untuk membantu anda menukar dan mengubah hidup anda dengan cara yang paling positif. menyertai Illuminate kultus dalam talian hari ini dan mendapatkan wang segera 55 juta dolar dengan rumah percuma di mana-mana anda memilih untuk hidup di dunia dan juga mendapat 300,000 dolar bulanan gaji Jika anda berminat sila emailkan bawah illuminatihomeofrichs@gmail.com OR Call untuk menyertai +2349033375429 Jika anda tidak mahu untuk menyertai Illuminati tidak membaca mesej ini. Peraturan * Anda mestilah berumur 18 tahun. * Anda tidak perlu membincangkan rahsia Illuminati kepada sesiapa. * Kami tidak berminat untuk sesiapa yang telah mendapat pengetahuan mereka tentang Illuminati berdasarkan apa yang mereka telah mendengar dari Media Massa (Berita atau Seni Persembahan), Conspiracy Ahli teori (Authors Amatur atau Profesional atau Spekulator), Internet Khabar angin, atau bid'ah lain. * Sebaik sahaja anda menyertai Illuminati dalam tempoh seminggu daripada keahlian anda, anda akan mencapai matlamat yang paling besar dalam kehidupan dan juga mempunyai kekayaan dan kemasyhuran. * Tidak ada yang membuang mesej daripada GREAT Illuminati jika dibuang orang itu akan disiksa siang dan malam. * Kegagalan untuk memaksa kepada perintah dan peraturan GREAT Illuminati akan melihat kemasyhuran dan kekayaan anda diambil kembali. *. Salah satu peraturan Illuminati adalah "Kami tidak bercakap mengenai Illuminati" jadi saya tidak boleh mengatakan terlalu banyak mengenainya di sini. Jika anda benar-benar berminat kembali kepada kami melalui E-mel: illuminatihomeofrichs@gmail.com ATAU hubungi +2349033375429 Jangan bermain permainan minda.

    ReplyDelete
  13. JOIN ILLUMINATI HARI INI DAN MEMBERIKAN RICH DAN FAMOUS.
    Adakah anda seorang lelaki atau wanita perniagaan, Pastor, ahli politik, pemuzik, doktor, pemain bola sepak, pelajar? Adakah anda mahu menjadi terkenal, kaya dan berkuasa? Sertai persaudaraan Illuminati hari ini dan biarkan impian anda datang, menjadi ahli hari ini dan terima jumlah $ 2,000,000 serta-merta dan $ 400,000 evey bulan dengan kereta dan rumah di mana di dunia, hubungi kami hari ini melalui email @ (illumunate.neal666 @ gmail.com) atau whatsapp saya di +19513816581.

    ReplyDelete
  14. Je pense normalement que les illuminati n'existent pas que c'était une chose de force, mais je désire être membre, j'étais une femme d'affaires prospère, mais je n'ai pas réussi assez et je désire le plus riche et le pouvoir, puis je suis entré en contact avec Lord Edmundo , après que je l'ai contacté et que je lui ai dit que je voulais être membre des illuminati, puis il m'a expliqué tout ce que je pensais qu'il plaisantait parce qu'il disait qu'il n'y avait pas de sacrifice humain ou de sang pour moi d'être membre qu'une fois que je d'accord que je devais m'inscrire, et il m'a dit comment m'inscrire, ce que j'ai fait, j'avais encore des doutes et j'ai pensé que c'était une blague avant de savoir que le siège m'a contacté après cela, puis j'ai reçu une somme de 1 million d'euros en mon compte bancaire, je vous dis la vérité c'est alors que j'ai su qu'il me disait la vérité, j'ai été surpris, je vous dis la vérité les illuminati sont réels, si vous êtes prêt à rejoindre la société illuminati contactez Lord Edmundo sur WhatsApp (+2349056393547) or illuminatiworld521@gmail.com et il vous aidera à devenir membre des illuminati Mme Jeanne Louise Calment 

    ReplyDelete
  15. Helo, Adakah anda ingin menyertai illuminati dan menjadi kaya, terkenal dan hebat? seumur hidup anda? Manfaat diberikan kepada ahli baru yang menyertai Illuminati Brotherhood !!!
    ke dalam akaun bank anda $ 50,000,000USD ......
    Gaji mingguan $ 600,000USD ………
    Nilai kereta pada $ 400.000USD ……
    Kontrak penghargaan bernilai $ 200,000,000USD ……
    Rumah di mana-mana negara pilihan anda sendiri. Dan visa percuma ke negara impian anda. Perubahan gaya hidup total ?? jika anda berminat, WhatsApp Melalui: +33758476136, https://wa.link/d4ml2g, ATAU E-mel kepada kami di: realilluminati0666@gmail.com, supaya kami dapat memulakan proses penyertaan !!!

    ReplyDelete
  16. go to this site louis vuitton replica weblink luxury replica bags have a peek at these guys replica bags china

    ReplyDelete
  17. Jangan gagal melihat cahaya. Wang, kuasa, kemasyhuran dan kekayaan menjadi gelaran anda dalam sekelip mata. Jika berminat untuk menyertai persaudaraan illuminati,Untuk permulaan dalam talian anda, Tidak kira di mana anda berada. Tiada jarak boleh menjejaskan kerja Baphomet kami. katakan ya kepada impian anda. Salam Baphomet...
    sila tulis kami di e-mel kami illuminatiworldwideorder@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Jangan gagal melihat cahaya. Wang, kuasa, kemasyhuran dan kekayaan menjadi gelaran anda dalam sekelip mata. Jika berminat untuk menyertai persaudaraan illuminati,Untuk permulaan dalam talian anda, Tidak kira di mana anda berada. Tiada jarak boleh menjejaskan kerja Baphomet kami. katakan ya kepada impian anda. Salam Baphomet...
    sila tulis kami di e-mel kami illuminatiworldwideorder@gmail.com

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers