PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday, 27 August 2013

Majalah The Week dedah siapa Al-Sisi

MESIR: Amerika Syarikat akhirnya secara tidak langsung membuat pengakuan terang-terangan bahawa mereka terlibat secara langsung dalam rampasan kuasa tentera terhadap Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi.

Pengakuan itu dapat dilihat apabila majalah The Week yang berpengkalan di negara itu meletakkan gambar Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi Al-Sisi di muka hadapan dengan tajuk "Our Man in Cairo - Should US cut off aid to Egypt military?".

Sebelum ini, campur tangan Amerika dalam isu rampasan kuasa Mesir dilihat secara jelas melalui kenyataan-kenyataan yang cenderung menyokong tindakan tentera, biarpun tidak mengiktiraf penggulingan Morsi secara rasmi.

Biarpun cuba berselindung disebalik kenyataan yang mendesak Morsi dibebaskan, namun ianya tidak sama sekali memdamkan fakta bahawa kuasa barat itu sememangnya dalang kepada apa yang berlaku di Mesir ketika ini.

Dalam kenyataan terbaru kelmarin, Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata mereka juga menghormati keputusan kerajaan membebaskan Hosni Mubarak.

Umum sudah maklum bahawsa, Amerika Syarikat sebelum ini penyokong kuat rejim Mubarak, sepanjang 30 tahun pemerintahannya sebagai presiden Mesir.

Selepas kebangkitan di rantau Arab, Washington menerima pelantikan Morsi tetapi mengenakan tekanan ke atas presiden itu supaya membawa pembaharuan ekonomi dan sistem demokrasi. /(harakahdaily)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers