[BARAT SEDANG BERUSAHA MENGHURAI TEKNIK INI]
Salahuddin Al-Ayyubi -
Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah
crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa
mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan
terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan
pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.Pedang
ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti
CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR.
Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat
dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak
berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi
NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Apa itu CNT?
CNT
merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama
lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter
sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga
berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang
dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai
kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat
kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon
nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta
mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Teknologi NANO.
Kehebatan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler
dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut
bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika
itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam
ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan
besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini
mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon,
unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi
menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.
Teknik
pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga
tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun
ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal
hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai
Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi
Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Wallahua'lam.
-sumber