PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 20 July 2013

Rafizi mahu RTM siar debat secara ‘live’

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyahut cabaran Pas untuk berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu.

Namun beliau meminta agar debat terbuka itu disiarkan secara langsung di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebagaimana yang pernah dijanji kementerian terbabit pada PRU13 lalu.

"Kalau dibuat secara 'live' di RTM lebih baik kerana rakyat Kuala Besut dapat mendengar sendiri kupasan perdebatan itu nanti.

"Kita serahkan hal itu kepada RTM dan pengurusan Pas Kuala Besut untuk sediakan platform itu kepada kami," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kesediaan Ahmad Shabery untuk mempertimbangkan berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur dan tajuk yang sesuai.

Ahmad Shabery Cheek berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur bersama pilihan tajuk yang sesuai.

Mengulas cabaran debat yang dilaporkan dikemukakan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa kepadanya, beliau berkata ia tidak boleh disahut begitu sahaja, apatah lagi ia dibuat tanpa memaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu.

Cabaran berdebat itu diusulkan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa Khamis lalu untuk berdebat dengan Rafizi.

"Saya boleh dan sedia pertimbang untuk berdebat jika cabaran itu dibuat mengikut prosedur di mana saya dan pejabat saya dimaklumkan terlebih dahulu.

"Cabaran perlu dinyatakan secara jelas seperti tajuk, tempat, berapa lama dan peraturan yang diguna. Kedua pihak perlu bersetuju, malah pihak keselamatan juga perlu dimaklumkan," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai topik perdebatan, Rafizi menambah, isu berkaitan projek pembangunan di Kuala Besut yang dipinggirkan kerajaan negeri mungkin menjadi pilihan.

"Kuala Besut dipinggirkan agak ketara apabila banyak projek dipinggirkan bila Datuk Seri Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dan ia memberi kesan kepada rakyat.

"Kita juga boleh lihat kegagalan kerajaan negeri BN mewujudkan peluang pekerjaan yang berdaya saing menyebabkan ekonomi Kuala Besut masih di takuk yang lama," dakwanya.(Sinarharian)

1 comment:

  1. Buih ketam lagilah mulut sabry.

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers