PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 13 July 2013

Konspirasi Besar2an Untuk Menjatuhkan Mursi

Kejatuhan Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi, masih menjadi tanda tanya di kalangan para peneliti politik Timur Tengah. Siapakah sebenarnya di belakang gerakan menjatuhkan beliau? Golongan pembanghkang? Tentera? Atau siapa?

Di antara sebab rasa tidak puas hati rakyat Mesir terhadap pemerintahan Presiden Dr. Muhammad Mursi ialah keadaan ekonomi yg memburuk dan keamanan yg meruncing. Bekalan petrol yg tidak mencukupi, menyebabkan kereta2 terpaksa beratur panjang di stesyen2 minyak. kekurangan gas masak juga menyulitkan suri rumah dan restauran2. Elekterik pula seringkali terputus.

Di samping itu kadar jenayah bertambah. Rompakan, kecurian, serangan dan seumpamanya semuanya membuat rakyat merasa resah dan tidak selamat. Polis tidak menjalankan tugas mereka dan seolah2 tidak wujud. Trafik tidak terkawal dan jalan raya menjadi sesak serta tak keruan.

Anda dapat melihat pada masa kempen tunjuk perasaan yg membawa kpd kejatuhan Mursi bagaimana banyak pejabat2 Partinya dan juga markas Ikhwan Muslimun telah dibakar begitu sahaja tanpa ada pihak polis cuba menghalangnya. Begitu juga serangan2 ke atas penyokong2 Mursi dobiarkan begitu sahaja tanpa polis masuk campur.

Akan tetapi apabila Mursi jatuh segala2nya kembali pulih seperti biasa dalam sekelip mata. Bekalan petrol, gas dan elektrik semuanya menucukupi dan tidak terputus2 lagi. Malah polis mula muncul, bukan untuk mengawal jenayah, tetapi untuk mengambil tindakan ke atas penokong2 Mursi.

Konspirasi ini melibatkan nayak pihak. Selain puak pembangkang yg sebenarnya tidak berdaya utk menghadapi Mursi dan Ikhwan, konspirator besar terdiri drps saki baki regim Mubarak, termasuk pihak tentera sendiri, yg menguasai ekonomi dan masmedia di Mesir.

Tentera umpamanya menguasai kira2 40% drpd ekonomi Mesir, terutamanya dlm bidang pengeluaran barangan. Kroni2 Mubarak juga tidak kurang penguasaanya ke atas ekonomi Mesir. Gudang2 simpanan barangan dimiliki mereka. Syarikat2 pengangkutan yg berperanan mengidar barangan dalam tangan mereka.

Banyak stesyen2 TV suasta dikuasai mereka dan salah sebuah syarikat akhbar suasta terbesar di Mesir juga dipunyai oleh mereka. Mereka memberi kemudahan infra struktur kepada puak pembangkang. Pejabat dan kenderaan disediakan. Konspirator besar lain ialah beberapa buah negara Teluk. Mereka dikatakan membiyayai puak pembangkang dan tidak pernah menghilurkan sebarang bantuan kewangan kpd kerajaan Mursi.

Tetapi apabila jatuh sahaja Mursi, mereka berlumba2 menyalurkan bantuan kpd Mesir tanpa rasa malu atau segan. Arab Saudi memeberi sebanyak 5 bilion USD, Imarat 3 bilion dan akhir sekali Kuwait 4 bilion. Begitu besar sekali kebencian mereka kpd sebuah pemerintahan yg ingin melaksanakan ajaran Islam.

Memandang ke belakang, org mungkin menyalahkan Mursi, partinya dan Ikhwan Muslimun kerana kegagalan mereka membersihkan Mesir drpd saki baki atau "fulul" regim Mubarak, sehingga memungkinkan mereka mengatur kobspirasi utk menjatuhkannya.

Mereka terdiri dari pihak tentera, polis dan Kementerian Dalam Negeri, para hakim dan pendakwa raya serta tokoh2 besar dlm ekonomi dan media massa. Mursi dikatakan banyak membuat kompromi dg tentera dan membiarkan mereka meneruskan penguasaan dlm bidang ekonomi dan menentukan bajet mereka sendiri serta urusan kenaikan pangkat.

Begitu juga dg pihak kepolisian dan Keselamatan Dalam Negeri. Hubungannya dg pihak kehakiman penuh dg ketegangan. Percubaannya utk "mempersarakan" para hakim lebih awal tidak kesampaian.

Akan tetapi, apakah Mursi berdaya utk membersihkan Mesir drpd kuncu2 Mubarak dlm waktu yg singkat yg penuh dg penentangan sejak dri hari pertama menjadi presiden malam sbelum drpd itu. Ingat tidak bagaimana Ahmad Shafiq, calon Presiden yg menentang Mursi, yg berupa salah seorang "fulul" Mubarak, dpt memberi saingan yg begitu hebat kpd Mursi? Rasanya kalau Mursi cuba berbuat demikian, awal2 lagi tentera akan turun tangan dan menggulingnya.

Apa pun bacalah laporan berikut utk mendapat sedikit gambaran tentang apa yg berlaku di Mesir.

Sudden Improvements in Egypt Suggest a Campaign to Undermine Morsiwww.nytimes.com

As life improves for many in Egypt, it is becoming clear that those opposed to President Mohamed Morsi undermined his administration."

- sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers