Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata kempen tersebut diadakan sebagai simbolik untuk menyedarkan masyarakat bahawa kita sekian lama telah ditipu dengan janji-janji kosong oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang keperluan.
“Tetapi apabila tiba sahaja musim bulan puasa dan raya, pihak yang patut bertanggungjawab tidak mengambil berat tentang perkara ini menyebabkan yang menjadi beban adalah rakyat,” ujarnya.
Menurut beliau yang Ahli Parlimen Temerloh, ia bagaikan pesta naik harga apabila tiada kawalan yang ketat mengenainya.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Gombak membuat jualan amal dengan menjual gula pada harga RM2 sekilo bersempena kempen tersebut di Pasar Pagi Taman Greenwood, Gombak.(harakahdaily)