PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 1 April 2013

WAKIL KEDUTAAN FILIPINA JUMPA PENGGANAS

TAWAU: Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kerajaan sentiasa memberi ruang seluas-luasnya kepada wakil kedutaan Filipina untuk berjumpa dengan tahanan pengganas yang berada di penjara negeri ini.

Menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan proses keadilan dan perundangan berjalan dengan lancar tanpa tuduhan tidak berasas dari pihak yang sengaja mengeksploitasi isu tersebut untuk menggugat keamanan.


“Kita akan pastikan proses keadilan dan perundangan berjalan dengan lancar supaya tidak ada pihak-pihak tertentu yang menuduh kita tidak adil dan tidak telus, jadi kita minta pihak Jabatan Penjara melihat perkara ini dengan mendalam,’’ katanya.


Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mendengar penerangan dan taklimat bagi membincangkan kedudukan penjara dan pengalaman Ops Daulat di Penjara Tawau di sini.


Katanya, wakil kedutaan Filipina telah berjumpa dengan lapan tahanan itu pada 27 Mac lepas dan memberi maklum balas positif iaitu berpuas hati dengan layanan Jabatan Penjara di sini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan sangat berpuas hati dengan khidmat Jabatan Penjara di negeri ini, yang mampu mengawal populasi banduan berjumlah 4,530 orang dengan jumlah kekuatan anggota seramai 1,085.


“Kita tidak bimbang dengan keadaan sekarang di penjara, tetapi dil uar penjara iaitu perkara-perkara yang digembar-gemburkan, kita perlu memperkukuh kerjasama dari agensi-agensi termasuk masyarakat,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, jika terdapat isu- isu yang dibangkitkan dari internet mahupun media sosial, beliau meminta rakyat mendapatkan pengesahan melalui talian hotline khusus dan bilik gerakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diwujudkan untuk Ops Daulat ini.

Menurutnya, talian itu menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih dan akan membantu mematahkan hujah atau isu-isu yang sengaja dibangkitkan.


“Talian ini akan membantu memberi keyakinan kepada rakyat dan warga Jabatan Penjara dengan maklumat yang tepat, apatah lagi dekat-dekat pilihan raya ini akan lebih banyak isu.


“Namun kita telah belajar dari kejadian ini dengan banyak isu hampir 99.8 peratus adalah perkara tidak benar dan hanya fitnah semata- mata,’’katanya.


Tambahnya, talian itu akan diselaraskan dengan perlantikan Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di bawah 10 daerah ESSZONE.

Talian hotline KDN yang telah beroperasi selama sebulan khas untuk Ops Daulat boleh dihubungi di talian 088-488850 yang beroperasi 24 jam di Kota Kinabalu. (ST)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers