PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday 4 April 2013

KENAPA PENGGANAS SULU DIKUBURKAN DI PITAS?

Oleh : MASIAU MAKLIN


TINDAKAN pihak berwajib menguburkan sebahagian daripada Pengganas Sulu yang terkorban di Lahad Datu di kawasan perkuburan di Kg.Bawang, Pitas menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat Pitas.


Salah seorang yang menyatakan rasa terkejut ialah Paluyan Marutin, seorang pemimpin kaum Kimaragang dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri semasa era PBS dan awal pemerintahan BN di N.3 Pitas.


Sebagai seorang yang mengetahui tentang adat budaya kaum peribumi di Sabah, Paluyan menimbulkan beberapa persoalan ekoran tindakan ini. Perkara utama ialah, apakah asas utama dari segi perundangan, eksekutif mahupun adat budaya yang membolehkan pengganas tersebut dikuburkan di Pitas?

Kita sedia maklum bahawa kriteria seseorang dikuburkan di sesuatu kawasan perkuburan kampung ialah di mana orang tersebut adalah penduduk asal di kampung tersebut. Lantas Paluyan menimbulkan keraguan apakah pengganas tersebut memang benar memiliki Mykad yang beralamat di kampung berkenaan?



Kalau pengganas tersebut tidak memiliki Mykad, apakah asas dan kriteria lain yang membolehkan di kubur di kawasan tersebut? Apakah wujud mana-mana asas perundangan dalam negara mahupun konvensyen perang antarabangsa yang perlu dipatuhi?


Paling penting, Paluyan mempersoalkan tentang Sogit. Adat tidak pernah terhapus dan amat mengecewakan kerana pihak berwajib membelakang adat yang menjadi amalan tradisi semua kaum pribumi di Pitas.


Dalam isu ini, beliau menambah bahawa Sogit mesti dibuat bukan sahaja untuk penduduk kampung berkenaan malah kepada semua rakyat di Pitas; apatah lagi tanggapan buruk bahawa rakyat Pitas adalah sebahagian daripada Pengganas Sulu?

Isu lain yang timbul ialah soal tuntutan di kalangan waris para pengganas tersebut. Oleh kerana kuburan merupakan salah satu bukti tuntutan tanah adat melalui Ordinan Tanah 68, rakyat bimbang bahawa pada suatu masa kelak akan timbul tuntutan hak di kalangan waris para pengganas ekoran kewujudan kuburan tersebut.


Sesungguhnya peristiwa ini amat malang dan tragis bagi rakyat Pitas. Paluyan berkata bahawa selagi pihak berwajib tidak tampil memberikan penjelasan maka selagi itu rakyat dalam persoalan dan membuat pelbagai andaian. /~sabahkini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers