PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 1 March 2013

Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 mati, 3 cedera

gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

“Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza.

Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan.

Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui.

Portal The Philippine Daily Inquirer pula melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Reuters turut melaporkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut pengiktirafan Malaysia dan rundingan awal pajakan Sabah oleh Sultan kepada syarikat perdagangan British pada kurun ke-19. Malaysia bagaimanapun berkata permintaan mereka tidak akan dapat ditunaikan.

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Mahathir mamak kuty dari Karala,yg memulakan projek ic biru utk kekalkan kemenangan BN di Sabah.800 ribu PATI dari Fhilipina, Indon, pakistan, dapat IC biru untuk tujuan itu.Berguni2 IC dikeluarkan setiap bulan. Sekarang ini , tektik yg sama diguna pakai di Semenanjung Msia utk kekal berkuasa.Kalau pengerusi SPR dan JPN berdegil tak mahu bersihkan pengundi haram,PKR gunakan kuasa polis dan Agung utk bersihkannya. Perkara salah, tetap salah.Jangan jadi lembu kena cucuk hidung dgn Pengarah SPR dan JPN.Kita rakyat lagi ramai. Lebih baik kita cucuk hidung dua ekor ihi.
Rakyat jangan jadi tali barut pemimpin yg menjadi pengkhianat seperti ini.Pendek akal , tidak fikirkan kesan pd rakyat dan negara.Yg menanggung beban dan masalah adalah anak cucu cicit kita kemudian hari. Sekarang pun kita dah merasa kesannya, rakyat susah cari kerja, semua telah dibolot oleh pendatang asing.Pekerja asing diberi asrama, segalanya majikan tanggung.Rakyat tempatan kena sewa rumah sendiri, segalanya tanggung sendiri.Dimana saja kita pergi, pekerjanya warga asing.Hinggakan mesin rumput tepi jln, angkat sampah, pam minyak, semuanya warga asing.Anak di rumah mati kelaparan, kera dihutan disusukan.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers