PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 1 March 2013

Ceroboh Sabah: 3 termasuk pemilik rumah maut

[DIKEMAS KINI] MANILA - Tiga termasuk dua komando polis terbunuh dalam usaha pihak berkuasa Malaysia menamatkan pencerobohan membabitkan sekumpulan rakyat negara itu hari ini.

Pemilik rumah di mana kumpulan penceroboh tinggal sejak 12 Februari lalu juga terbunuh, demikian menurut jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez di sin, hari ini.

Beliau yang dipetik AFP berkata, maklumat itu berdasarkan butiran diberikan oleh Duta Malaysia.

Seorang anggota polis turut tercedera selepas kumpulan itu melepaskan tembakan.

"Duta Malaysia (ke Filipina) ada menyebut bahawa baki anggota kumpulan (Sultan Sulu) Kiram di Lahad Datu telah melarikan diri ke arah kawasan perairan," kata beliau.

Katanya, kira-kira 10 anggota kumpulan terbabit turut ditahan.

Hernandez berkata, beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan jurucakap kumpulan penceroboh di Manila bahawa 10 orang mereka telah terbunuh manakala empat yang lain cedera.

Katanya, Manila juga telah meminta agar disediakan laporan lengkap berhubung operasi yang diadakan untuk menamatkan pencerobohan./~Sinar harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers