Perkara yang agak
mengejutkan mengenai persiapan pengganas Tausug ini ialah apabila mereka
awal-awal lagi sudah mempunyai 'contact person' dengan media barat. Baru 2 hari
mendarat di Lahad Datu dan artikel yang menceritakan wanita serta anak kecil
mereka dikepung oleh anggota keselamatan Malaysia sudah disiarkan di media
barat.
Penulis tidak
mencadangkan agar wanita dan kanak-kanak ini disasarkan oleh tentera kita.
Namun saya sangat mencadangkan agar satu tindakan decisive diambil bagi memberi
petunjuk bahawa kerajaan kita tidak akan berunding dengan pihak yang membuat
tuntutan sambil mengacu senjata.
(a) Agar Kerajaan mengistiharkan sekatan laut ke atas kemasukan kapal-kapal yang tidak berdaftar dari Filipina. Kekuatan maritim Malaysia digerakkan dengan 'standing order' untuk menghapuskan mana-mana kapal yang disyaki menyeludup masuk pasukan militan sokongan yang cuba menyertai pasukan pengawal diraja sultan Sulu di Sabah. Maksud menghapuskan disini adalah mudah. Sebaik saja militan di Sabah mendengar ada anggota pasukan mereka menemui maut di laut, mereka akan sedar bahawa Tentera Malaysia sanggup bertindak tegas sekiranya perlu.
(b) Agar Kerajaan Malaysia mengumumkan tempoh dateline kepada penceroboh ini kembali ke tempat asal mereka atau menyerah diri. Apabila tarikh dateline itu telah tamat, maka serangan jarak jauh (mungkin maksudnya menggunakan pesawat, artileri atau roket) dilancarkan ke atas kumpulan pengganas yang sedang terkepung tersebut. Penyelesaian secara bersenjata harus mengambil masa tidak lebih dari 48 jam bagi menutup kesan negative tersebar terlalu jauh di media perdana dan internet.
(c) Agar sekatan makanan dan minuman disekat sepenuhnya ke atas kumpulan tersebut.
(d) Agar disebarkan berita (khabar angin?) bahawa terdapat bounty wang yang lumayan akan diberikan ke atas mana-mana pihak tidak kira di Malaysia mahupin di Filipina yang mampu menamatkan nyawa Raja Muda Azzimudie Kiram dan Sultan Jamalul Kiram III Bin Datu Punjungan. Ini serta merta akan menyebabkan kedua-dua individu ini terpaksa menyembunyikan diri atau berkurung.
(e) Agar kerajaan
Malaysia meminta bantuan pejuang bangsamoro yang menyokong Malaysia (serta
mengharapkan dana bantuan dari Malaysia) untuk mengambil langkah extreme
memberikan tekanan kepada waris Sultan Sulu.
Melewat-lewatkan
penyelesaian krisis ini (yang sudah masuk minggu kedua) memberi akibat buruk
kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang. Secara dasarnya tentera upahan
yang berlakon sebagai pengawal diraja tersebut mengharapkan agar Kerajaan akan
membayar jutaan ringgit kepada mereke sekiranya mereka setuju beredar. Tapi
jika wang ini dibayar maka Sabah ditakdirkan akan menjadi sasaran lanun dan
pengganas dari Filipina dan Indonesia yang akan bermaharajalela melakukan
serangan gerila keatas Sabah sekiranya tuntutan mereka untuk dibayar 'wang
perlindungan' tidak dipenuhi.
Cara Malaysia
mengangani insiden ini kini sedang diperhatikan serta 'diprofile' oleh musuh
negara (dan tentera Singapura). Pendekatan terlalu berlembut oleh Hisyamuddin
yang sebenarnya takut berkonflik lebih banyak membawa keburukan kepada
keselamatan negara. Ia juga menjatuhkan reputasi anggota keselamatan negara dan
menjejaskan moral angkatan tentera kita.