PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 23 February 2013

ASKAR KESULTANAN SULU TIDAK MAHU TINGGALKAN LAHAD DATU SABAH

Penceroboh tidak mahu tinggalkan Lahad Datu Sabah

Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina

Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami)
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila

Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki Borneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah

Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke Sabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan pemberontak Islam di selatan Filipina

Perjanjian itu membuka jalan perdamaian di selatan Filipina yang merupakan rumah kepada kumpulan minoriti masyarakat Islam dan sebahagian besar orang Kristian

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani kemudian berkata adik kepada sultan, Raja Muda Abimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan ke Sabah telah menyatakan kepada beliau melalui telefon bahawa mereka akan tinggal di sana

Objektif untuk tinggal di Sabah adalah untuk selama-lamanya, dengan mengambilkira hak kedaulatan kami ke atas Sabah, katanya kepada AFP

Idjirani berkata terdapat kira-kira 400 pengikut Kesultanan Sulu, termasuk 20 orang yang membawa senjata

Pada Khamis, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang

Idjirani berkata kumpulan berkenaan tidak akan bertindak ganas namun mereka akan menentang jika ada provokasi

Kami mengiktiraf keupayaan Malaysia. Kami tidak mempunyai senjata dan keupayaan namun kami mempunyai kebenaran sejarah,” katanya sambil menambah bahawa kumpulan itu ‘sanggup mati demi mempertahankan hak nenek moyang mereka’

Idjirani berkata pembantu kanan Presiden Benigno Aquino telah menghubungi sultan dan mereka sedia menghantar surat kepada kerajaan Malaysia bagi pihaknya dalam urusan perundingan – AFP


-sumber

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
jajahan kesultanan sulu bukan seluruh sabah , tetapi hanya sebahagian kecil bermula ulu sungai pandasan ..memanjang hingga ke bandar sandakan , dan sebahagian Lahad Datu , jumlah keluasan keseluruhan tak sampai pun tahap satu daerah !

Bongaan, kimanis dan papar pula dahulunya pernah dibawah penguasaan kesultanan Berunai

mengatakan sabah adalah bekas milik kesultanan sulu adalah tidak tepat kerana bukan seluruh sabah itu pernah menjadi jajahan kesultana sulu , kesultanan sulu juga sudah hilang sejak tahun 1930 ..sultan yg ada kini adalah sultan syok sendiri , tiada satu negara pun yg mengakui sultan sulu , malah negara sulu pun tidak wujud , kerana sulu itu sendri berada dibawah negara filipina , bagaimana boleh ada negara dalam negara ?

mereka sebenarnya pengganas , samseng ..bandit !
Plz la malysia..jgan buat rundingan lagi walaupun diminta..kalau msih lagi membuat rundingan..kmungkinan rakyat biasa akan angkat senyata utk membunuh org2 suluk atas apa y mereka dh buat kpada anggta kslamatan y tlah gugur...pcayalah..
pemuda Malaysia's avatar

pemuda Malaysia · 629 weeks ago

suka suki je ko nk amik sabah!! wlaupun aku bkn org sabah tp aku sayang sabah sbb sabah sebahagian negara aku!! kiram ni nk kne rodok agaknye bru dy tau org malaysia jenis mcmne!!
JACK KIRAM's avatar

JACK KIRAM · 629 weeks ago

AKU NAK NGAKU JADI SULTAN SULU GAK....
SUMA YANG ADA NAMA KIRAM TIGAM SIRAM BOLEH NGAKU JD SULATN SULU HAHAHA
saya berpendapat kes pencerobohan di lahad datu hanya sebagai testing sja di peringkat awal, tak jangka sampai jadi serius.... kesannya sangat mendalam ke atas orang yang berbangsa sulu itu sendiri yang duduk di Sabah, terutamanya selepas kejadian bunuh membunuh yang akhirnya hubungan dengan rakyat tempatan di Sabah terjejas abis. itulah kau jamalul kiram cari pasal, mengaku sultan tak BERTEMPAT, kau buat-buat sejarah sendiri ba TUAN KU SULTAN.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers