Pendaratan kumpulan bersenjata dari kepulauan Sulu untuk menuntut Sabah
yang didakwa dipajak kepada Malaysia menemui episod baru apabila seorang
lagi 'sultan' tidak setuju dengan tindakan itu.
"Banyak pihak
mendakwa mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang
sah," kata Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada Malaysiakini menerusi
telefon.
Kumpulan kira-kira 100 orang di Kampung Tanduo, Lahad
Datu sebelum ini mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul
Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan
nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
Ampun Muedzul bagaimana pun menyifatkan pendaratan kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebagai tindakan tidak bijak.
"Beliau
menentang tindakan pergi ke negara lain dengan senjata dan itu bukan
satu tindakan yang bijak," kata jurucakap kepada Ampun Muedzul, Andres
Linholm kepada Malaysiakini.
Pakar sejarah Dr Farish Noor pula
berpendapat faktor perpecahan keturunan Sultan Sulu selepas kejatuhan
kesultanan Sulu dan waktu tuntutan mula dibuat ke atas Sabah merumitkan
persoalan pewaris sah kesultanan itu.
"Masalahnya dengan jurang
masa yang begitu lama - di antara masa kejatuhan kesultanan Sulu pada
1862 dan situasi yang kita hadapi pada tahun 60-an - keluarga diraja
Sulu kini sudah berselerak dan berpecah-pecah.
"Itu menjelaskan sebab begitu ramai orang mendakwa mereka adalah Sultan Sulu," katanya./~MK
Friday, 22 February 2013
Comments (7)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Ada 'sultan' Sulu tak setuju ceroboh Sabah
2013-02-22T22:43:00+08:00
hangit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Romeo88 · 630 weeks ago
mereka masing2 ada pasukan bersenjata , ada mufti sendiri dan ada komander tentera sendiri , masing-masing membina kekuatan ,
ada yg gunakan taktik membina hubungan dengan Manila , ada pula diantara mereka membina pengaruh dengan jumlah tentera yg ramai ! dan ada pula diantara pewaris kesultanan itu membina kekuatan dan pengaruh dengan bersahabat dengan ahli politik Malaysia dari pembangkang iaitu anwar ibrahim !
dan itulah yang berlaku kini , anwar adalah dalang disebalik pencerobohan ini , anwar mempergunakan salah seorang pewaris kesultanan sulu demi mencapai dan menagih sokongan dan undi warga sulu yg kini menjadi warganegara di sabah , anwar menjanjikan sekiranya dia menjadi perdana menteri ..dia akan menyerahkan kawasan bekas milik kesultanan sulu yang kini menjadi milik malaysia kembali kepada sultan sulu dan berikan autonomi ,
Zira · 630 weeks ago
Zira · 630 weeks ago
rosmah · 630 weeks ago
rosmah · 630 weeks ago
jue · 630 weeks ago
najib · 630 weeks ago