PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday, 5 October 2012

Realiti Kadar Gaji Rakyat Malaysia Hari Ini

Gaji di Malaysia Naik Lagi “Laju” Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
Gaji Rakyat Malaysia Gaji di Malaysia Naik Lagi Laju Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
Gaji naik lagi laju? : Kami ucapkan tahniah dengan sebarang usaha kerajaan Malaysia termausklah, mahu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2020 kelak dilihat secara atas kertasnya mampu memberikan impak dan manfaat kepada semua rakyat Malaysia….. 
 
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mempunyai masyarakat di mana satu kumpulan elit kecil hidup dalam kemewahan, manakala satu kelompok yang terdiri daripada majoriti rakyat marhaen di bawah ini bergelut untuk terus hidup “menahan” gelodak cabaran kos sara hidup di Malaysia
 
Jurang ketidaksamaan dan jurang kemiskinan antara golongan ats dan golongan di bawah ini sangat ketara sejak tahun sejak pasca tahun 1990 disebabkan beberapa faktor :
  • kadar pertumbuhan pendapatan di kawasan bandar dan luar bandar
  • aliran masuk pekerja asing
  • halangan kepada proses migrasi dalaman
  • pulangan aset terhadap gaji
Tetapi…..

Jawapan Menteri : Pendapatan Isi Rumah Lebih Tinggi VS Kos Sara Hidup di Malaysia?

Pendapatan Isi Rumah  Gaji di Malaysia Naik Lagi Laju Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
Sumber : Hansard Di Dewan Rakyat
Tarik nafas panjang kami selepas meneliti jawapan Menteri ini di Dewan Rakyat baru-baru ini. Tertanya-tanya kami betulkah beliau menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
“gaji naik = kuasa beli naik katanya”
Kami harap Menteri ini sila buat perbandingan semula dengan membandingkan data seperti berikut :
  1. Bandingkan gaji rakyat Malaysia tahun 1970 dengan gaji rakyat Malaysia sekarang ini
  2. Bandingkan harga rumah flat/teres setingkat/2 tingkat  tahun 1970 dengan harga rumah yang ada sekarang ini
  3. Bandingkan kereta import pada tahun 1970 dengan harga kereta import sekarang
  4. Bandingkan ikan kembong berapa sekati tahun 1970 dengan harga yang dijual sekarang ini
  5. Bandingkan harga sebungkus nasi lemak tahun 1970 dengan harga sekarang ini Nasi lemak nasik lemak berapa sebungkos tahun 1970?

Perbandingan Gaji VS Harga Barang & Kos Sara Hiudp di Malaysia? 

Kos Sara Hidup Gaji di Malaysia Naik Lagi Laju Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
Sebenarnya Menteri ini bandingkan gaji rakyat Malaysia yang di bawah inidengan harga barang di Malaysia atau beliau bandingkan gajinya dengan harga barang di Malaysia? yang mana satu?
YB Devamany Gaji di Malaysia Naik Lagi Laju Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
  • Majikan ibarat ketagih “candu” bayar gaji murah. Apabila orang tempatan tidak mahu, maka dibuat dasar separuh masak, diizinkan import jutaan pekerja asing yang masih sanggup dikerah “kerja separuh lembu” tetapi masih lagi mahu menerima gaji yang kecil.
  • Itu sebablah gaji rakyat Malaysia tidak banyak kenaikan diperlihatkan, berbanding harga barangan di Malaysia
Benarkah gaji-gaji dan pendapatan rakyat Malaysia rata-rata melonjak naik? Adakah gaji naik lebih laju atau duit yang perlu dikeluarkan oleh rata-rata rakyat Malaysia yang di bawah ini lebih laju? Yang mana satu?
 
P/S : Benarkah gaji anda semua di sini naik lebih laju dan tinggi berbanding harga barang di Malaysia? Realiti kos sara hidup di malaysia sekarang bagaimana?
 
 

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
WAKAKA... TAK CUKUP BAJA KOT..
datum maritim's avatar

datum maritim · 611 weeks ago

Mungkin komen saya terkeluar dari issue diatas hanya untuk berkongsi fakta saya yakni HUTANG. Apakata kesemua Kabinet Menteri dan Perdana Menteri fokus atas issue HUTANG PERIBADI RAKYAT.
Rakyat yang belum lahir pun dah dibeban dengan hutang. Majoriti ibu bapa dah sanggup buat pinjaman peribadi melalui sistem perbankan dan kemudian berhutang dengan komitmen seumur hidup berkhidmat dengan bank. Lebih 70 peratus rakyat (ibu bapa) yang bekerja sekarang adalah rakyat bank-bank berbanding dengan rakyat 70an yang majoriti hidup merdeka tanpa hutang.
Jika kerajaan sedia ada hendak melihat lonjakan kehidupan budaya hidup sihat rakyat yang dipimpin saya cadangkan kabinet menteri selami cara selesaikan hutang peribadi rakyat dan hentikan sementara (5 tahun lagi) projek projek mega yaang menguntungkan tapi bukan penting untuk rakyt majoriti. Kerajaan BOLEH buat kalau rakyat diutamakan, pendapatan negara pun teramat tinggi berbandingkan jumlah rakyat, kalau hendak seribu daya.
Tanpa hutang rakyat hidup lebih sihat, kesilapan rakyat dimasa lepas sekarang menjadi tanggungjawab kerajaan yang dipilih secara bijik untuk menyelesaikan demi kebaikan negara Ini lah sedikit pandangan saya. Terima kasih.
"Penyelesaian Rasuah, Gejala sosio dan Kehilangan kerusi Parlimen"

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers