Presiden Persatuan Bersatu Nambikkai (Sebut tembikai) Kalai Vanar telah menunjukkan bukti taat setia terhadap BN.
Presiden
Persatuan Bersatu Tembikai itu telah juga membawa beberapa orang pemuda
yang dikhuatiri melayu tak berwawasan walaupun mereka memakai baju
bertulis melayu berwawasan untuk menyerang dan menimbulkan huru hara di
hadapan pejabat PKR di Tropicana Damansara.
Dijangkakan
tindakan presiden persatuan bersatu Tembikai itu yang memulakan
provokasi dengan dibentengi beberapa pemuda-pemuda melayu yang kelihatan
malu-malu akan mengakibatkan beliau dianugerahkan gelaran datuk kerana
begitu berjaya menunjukkan keberanian terpekik pekik di bawah hujan
renyai.
Dikatakan
juga pemuda-pemuda melayu yang diupah dengan bayaran lumayan RM30
beserta makan tengah hari itu akan mengalami demam-demam kerana jarang
sekali dibasahi hujan.
Ini
adalah siri "roadblock to putrajaya" yang diadakan oleh penyokong tegar
BN selepasbeberapa siri serangan lalu termasuk serangan puak jahiliah
perkasa yang tidak pandai menghormati masjid seperti yang mereka
tunjukkan baru-baru ini.
- tukang lawan