LUDZIDZINI ROYAL VILLAGE, Swaziland (Reuters) - Beribu-ribu wanita muda
yang masih dara berarak di hadapan raja mereka untuk meraikan kesucian
dan perpaduan, untuk raja terakhir.
Berpakaian skirt mini bermanik sambil memegang parang dan telefon mudah
alih, wanita dan gadis-gadis seawal usia lima tahn menari dan menyanyi
pada Ahad dan Isnin di Umhlanga. Tarian Tradisi Reed bertujuan untuk
meraikan kewanitaan dan keperawanan.Namun hakikat sebenar dalam hati
mereka adalah untuk menarik perhatian raja dan dipilih menjadi isteri.
Itulah yang menyebabkan gadis yang masih dara berbondong-bondong dari
seluruh pelosok negara itu.
"Saya bangga menjadi orang Swaziland yang masih dara. Kami berada di
sini untuk menunjukkan perpaduan dengan raja dan sesama rakyat," kata
gadis berusia 18-tahun Gcebine Dlamini.
Pada masa lalu, raja telah menggunakan majlis seperti itu untuk memilih
seorang isteri yang baru, dan kini beberapa gadis yang masih dara terus
berharap untuk mendapat perhatian raja.
"Jika dipilih, saya akan mendapat satu kehidupan yang lebih baik
daripada apa yang saya ada, mempunyai wang yang banyak, hidup seperti
seorang ratu itu dan melancong ke luar negara," kata Fakazile Dlamini,
14, yang tiba dengan sebuah lori dari kampung 60 km jauhnya untuk
menghadiri majlis tersebut.
Isteri
baru raja Swaziland sering menerima BMW dan istana mereka sendiri,
menyebabkan kritikan hebat dalam sebuah negara di mana lebih daripada
dua pertiga daripada 1400000 orang rakyatnya hidup dalam kemiskinan.
-sumber