Udin Anak Yassin Tentu Suka Bila Foto Najing Ditungging Punggung
Oleh: Mohd Sayuti Omar
Tindakan drastik piha polis bertindak menangkap, menggari dan
mereman individu yang lebih tepatnya budak-budak yang baru 'berbulu
jagung' memijak gambar perdana mEnteri Najib Razak pada malam aambang
merdEka lalu sebenarnya tidak bijak. Tindakan itu tidak merrupakan satu
pembelaan sebenar kepada Najib tetapi mmbawa tafsiran buruk buatnya.
Begitu jugsa degan mereka yang marah denga kejadia itu dan membuat
laporan polis supaya mereka terlibat memijak, menungging jubur terhahap
gambar Najib, gambar Rosman Mansor dan lain-lain sebenarnya tidak bijak
dan arif membaca implikasi di sebalik itu. Nawitu mereka hendak menjaga
maruah perdana menteri tidak memberi kebaikan kepada Najib sebaliknya
menimbulkan berbagai persepsi dan natijah buruk.
Begitu juga para pengulas dan penganalisa politik yang setanding dan seewktu dengan professor wheelchair
ataupun profesor rambut panjang yang memberi ulasan tindakan itu tidak
bermoral, tidak menghromati perdan menteri, sebenar bukan memberi niai
tabah kepada Najib sebaliknya menurunkan darjat Najib sebagai PM di mata
umum.
Kenapa saya kata begitu kerana dengan kecaman kemudian diikuti dengan
tindakan menurut undang-undang secara drastik itu menyebabkan insiden
itu menjadi penting dan tersebar luas. Baik dunia tidak tahu ia menjadi
tahu dengan tindakn itu.
Kalau sebelum ini kejadian itu hanya menjadi perbualan di kalangan
anak-anak muda yang berseronak dan berhore-hore di dataran merdeka malam
itu kini ia telah menjadi pengetahuan umunm. Isu ada orang pijak gambar
Najib dan isterinya sudah tersebar luas.
Apakah keuntungaan bagi Najib apabila cerita itu tersebar luas? Tidak
ada untung apa-apa melainkan seluruh dunia tahu bahawa Najib dibenci
bukan sahaja oleh pemimpin dan penyokong pembangkang tetpi ia juga
dibenci sama oleh budak-budak berbulu jangung dan juga mahasiwa.
Bahawa reputasi Najib sebagai PM kini sangat buruk sehinggakan ada orang
pijak dan menunjukkan buntut kerapu ke atas gambarnya. Kalau hendak
dikira apalah sangat dengan kejadian itu. Yang dipijak dan ditunjukkan
punggung kerapu ialah gambar bukan di hadapan mata Najis.
Lainlah kalau kejadian itu berlaku di depan Njib atau umpamanya Njib
dibaling kasut seperti berlaku ke atas presiden Amerika George W Bush
satu waktu dulu... barulah boleh dianggap kejadian itu baidap dan
pelakunya perlu diambil tindakn drastik.
Apa yang terjadi itu setakat tunjuk punggung dan pijak sahaja. Dalam hal
ini orang-orang yang sayangkan Najib sepatutnya biarkan saja kejadian
itu tanpa mengangkatnya ke muka umum. Patut mereka mencontohi apa yang
terjadi ke atas Nik Aziz dan Haji Hadi walaupun gambar (banner) mereka
dikencing oleh manusia yang bersifat anjing mereka diamkan sahaja.
Kejadian ada bennar Nik Aziz dan Hadi itu dikencing anjing berpala orang
hanya diketahui hari ini sahaja apabila ada pihak yang sayang dan
taksud kepada kedua pemimpin itu membuat laporan politik. Tindakan itu
pun bagi saya tidak baijak. Cuma Pas bernasib baik kerana polis tidak
menguar-uarkan kejadian itu dengan membuat tangkapan ke atas
anjing-anjing berkaki dua itu.
Memikirkan ini menyebabkan saya terfikir apakah dalang tertentu yang
sengaja kejadian memijak dan tungging punggung kerapu ke atas gambar
Najib itu diketahui umum? Apakah ianya dilakukan oleh puak-puak yang
anti Najib di dalam Umno sendiri dan juga pukan polis? Tidak mustahil
kalau dilihat dari sudut politik itu serba mungkin.
Motif mereka kalau benar ada dalang ialah mahu dunia melihat Najib
bahawa sudah dihina oleh semua orang smpai ke budak berbulu jagung.
Tujuannya memberi untuk gambaran Najib tidak popular dan tidk
dihormati. Ntijah dari itu Najib perlu berundur menjadi PM dan perlu
diganti oleh orang lain.
Apakah begitu?
Saya sedar kemungkinan-kemungkinan ini apabila timbalan Najib, Udin anak
Yassin tidak sedikit membei komen berhubung kejadian itu. Tiada ada
sepatah pun kata-kata 'menyingkirkan' telinga terkeluar dari mulutnya.
Kenapa? Mungkin Udin anak Yassin suka kalau lebih ramai lagi indivu
berbuat demikian kerana dia akan mengaut laba besar.
Salah satu tektik dalam politik yang berkesan ialah mencalar balarkan imej dan merusakkan reputrasi seseorang.
Kesediaan Najib memaafkan budak yang pijak gambarnya tidak dapat menyapu
imejnya yang sudah tercemar itu dengan insiden itu. Dunia tidak akan
menilai kebaikan budi Najb memaafkan budak itu kerana apalah sangat
kesalahan itu, sebaliknya dunia akan mengatakan bahawa PM Malaysia kini
sudah mulai dibenci rakyat apabila gambarnya ditungging punggung dan
dipijak. Saya pula nak cari gambar Mat Maslan untuk ndigantung di rumah,
hehe.