Perkara yang paling aneh berlaku apabila nama
bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya
dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang
dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata
dunia.
Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir
sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas
Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke
US$ 70 billion.
Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di
Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin
17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan
berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44
BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta
sejumlah US$ 44 Billion?)
(Sila rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir
disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi
seperti di pautan
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)
Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi
berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa Mahathir memiliki sejumlah US$ 44
billion. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi
Malaysia dan Mahathir kerana bagaimana seorang perdana menteri yang
dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri
dalam aktiviti yang korup.
Sama ada Mahathir benar-benar memiliki harta sejumlah US$ 44 billion
atau tidak, tiada siapa yang tahu. Dan seperti namanya yang tiba-tiba
hilang dari senarai Wikipedia, konvulsi kompleks yang perlu dirungkai
untuk mengetahui sejauh mana kayanya Mahathir dan keluarganya akan
memerlukan lebih dari gabungan penyiasat Hercule Poirot dan Miss Marple.
Sekumpulan pasukan terdiri daripada akauntan, para audit, pakar
kewangan dan perbankan akan diperlukan, tidak kurang daripada itu.
Mengugut Taib dan Jeffrey?
Walaupun begitu, menurut salah satu daripada sumber rujukan
Wikipedia, modus operandi Mahathir boleh dijelaskan melalui penjelasan
dan pemahaman logik dari apa yang dilakukan oleh Mubarak contohnya
dengan melibatkan diri dalam setiap urusan perniagaan di dalam negara
dengan adanya monopoli, birokrasi, rasuah, nepotisma dan banyak lagi.
http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html
Mahathir mula memegang kuasa pada 1981dan hanya bersara pada 2003.
Pada era 1980-an, keadaan politik dan ekonomi Malaysia tidak stabil dan
Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasanya dalam parti, keatas
lawannya dan juga kerajaan. Wang sentiasa membantu dalam apa jua
masalah. Ini merupakan sesuatu yang Mahathir, sekarang berusia 87 tahun
telah sedari pada masa itu.
Ada pemerhati politik percaya bahawa dia telah mengukuhkan
kedudukannya dengan mengumpul wang untuk membiayai kerjaya politiknya
yang lama dengan pada mulanya menjadikan orang kuat Sabah, Jeffrey
Kitingan sebagai mangsa dan seterusnya Taib Mahmud di Sarawak. Dan
hingga kehari ini, Taib dituduh masih ‘membiayai’ Mahathir untuk
membolehkannya terus berkuasa sebagai ketua proksi Putrajaya di Borneo.
Tidak mungkin Taib boleh kekal sebagai Ketua Menteri begitu lama di
Sarawak dan langsung tidak dijentik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM) tanpa dia memberi balasan kepada mereka yang berkuasa di
Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama,
mereka yang berada di Putrajaya menggunakan Taib untuk merompak hasil
kekayaan di Sarawak.
Tidak hairanlah jika semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka
pada Taib dan pernah cuba untuk memperkecilkannya sejurus selepas
menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dengan hanya menyerahkannya
jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan untuk menunjukkan
ketidakpuasan hatinya pada Taib. Mungkin ada sebab disebalik kegilaan
ini. Kebencian Mahathir pada Taib mungkin akan menyebabkannya kehilangan
sesuatu yang amat berharga. Jadi, dia mesti menundukkan Sarawak dan
menjadikannya patuh pada Putrajaya sebagai tabungan.
Jeffrey tidak mahu kehilangan satu sen pun dari Mahathir sebelum ISA
Taib ‘tidak mahu’atau menolak perlantikannya sebagai menteri wilayah
persekutuan dan kembali ke Sarawak dengan satu misi. Sejurus selepas
Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia mahu mengambil alih tugas bapa
saudaranya, Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri. Pada masa itu,
Sarawak United People’s Party (Supp) dibawah Stephen Yong mengugut untuk
meninggalkan BN selagi Rahman yang anti bukan Islam menjadi Ketua
Menteri.
Jeffrey, sepertimana keadaan politik di Sabah dimana tidak menjadi
rahsia, tidak mahu kehilangan walau satu sen pun wang kepada Mahathir
dan Mahathir secara kebetulannya, menjatuhkan Jeffrey dengan menahannya
dibawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2
tahun.
Jeffrey telah dituduh Mahathir merancang mengeluarkan Sabah dari
Malaysia secara paksaan dan menjadikan ia sebagai Republik Kristian
dengan dirinya sebagai Presiden. Di Sabah, Mahathir telah dipercayai
menjadi dalang yang mengaut semua wang yang ada didalam akaun luar
negara milik Jeffrey untuk dirinya sendiri dan menjatuhkan Jeffrey hanya
sejurus sebelum pilihanraya negeri itu bermula pada tahun 1994.
Kenyataannya, Jeffrey, yang pada suatu masa, begitu kaya sehingga
tidak boleh dibayangkan telah tiba-tiba jatuh miskin setelah ditahan di
bawah ISA.
Pembela Mahathir mendakwa bahawa ramai pemegang amanah Jeffrey dan
penamanya lari bersama jutaan ringgit yang disimpannya di luar negara,
urusniaga di Sabah dan di tempat-tempat lain. Ada yang menyebut, jumlah
hartanya di Australia adalah sebanyak US$ 700 juta.
Pemegang amanah dan penama ini tidak lagi bersama Jeffrey namun ada
diantara mereka telah mengadakan urusan perniagaan bersama parti
pemerintah terutamanya permerdagangan balak yang dipercayai untuk
membiayai kerjaya politik Jeffrey sekarang mungkin kerana mereka merasa
bersalah di atas apa yang telah berlaku dahulu.
Penahanan Jeffrey kerana ‘Republik Kristian’ kebiasaan Dr M mengalih perhatian perebutan wang?
Tidak diketahui jika dan berapa banyak Mahathir dan/atau negeri itu
mungkin telah ambil atau denda Jeffrey secara rasmi atau tidak. Tetapi
ini tidak memberhentikan cakap-cakap di kedai kopi di Sabah.
Satu petunjuk datang dari US$ 4 bilion yang disebut Mahathir dari
laporan Prince Waterhouse ke atas audit yang dijalankan ke atas Yayasan
Sabah semasa Parti Bersatu Sabah memimpin kerajaan negeri pada1994
sedang mengalami kejatuhan. Laporan membuat penemuan ada perbezaan
ketara antara harga sebenar atau harga pasaran balak dengan harga
kontrak jangka panjang yang jauh rendah.
Mahathir mungkin juga telah cuba mengalih perhatian dari dirinya yang
sedang mencuri wang Jeffrey dengan cuba membuktikan bahawa wang itu ada
tetapi hilang semasa pemerintahannya pada masa dia menerajui Yayasan
Sabah.
Jawapan yang telah diberikan Jeffrey apabila isu itu diketengahkan
adalah Mahathir berbohong. Menurut Jeffrey, balak tidak boleh dijual
mengikut harga tetap. Lebih banyak jumlah yang dibeli, lebih murah
harganya dan begitu juga sebaliknya. Lagipun, harganya pada masa hadapan
tidak akan sama.
Taib lebih bernasib baik
Walaubagaimanapun, kebenaran mungkin terletak diantara cerita
Mahathir dan penerangan Jeffrey. Dalam apa jua keadaan, pemimpin
pembangkang Sabah itu tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah.
Tetapi tidak seorang pun akan menafikan bahawa Jeffrey terlalu kaya
pada suatu masa dahulu dan sekarang hanya bergantung kepada pencen yang
diberi oleh Yayasan Sabah, parlimen dan dewan negeri. Jika kesuntukan
wang, dan bekas pembantunya
atau pemegang amanah tidak mampu untuk menyediakan wang secepat
mungkin, dia akan menjual tanah ataupun hartanya atau meminta bantuan
abangnya, Joseph Pairin Kitingan, Huguansiou ketua kaum kadazan
tertinggi di Sabah.
Jika khabar angin itu benar, Mahathir tentunya sudah mendapat begitu
banyak kalau bukan dari Taib, tentunya dari Jeffrey untuk mengisi
geroboknya namun bekas Perdana Menteri itu masih memastikan pemimpin
Sarawak itu menikmati kemewahan agar orang Islam mendominasi negeri
majoriti Dayak beragama Kristian itu.
Dalam kes Jeffrey, Mahathir mungkin mahu memufliskannya sama sekali
supaya orang Kristian, penduduk asal di Sabah tidak mempunyai modal
untuk menentang dari segi politik sekaligus mencabar tindakan Putrajaya
untuk meminggirkan dan menyekat mereka melalui pengasingan kaum secara
sistematik, prejudis dan opportunisma seperti yang jelas dalam polisi
penjajahan dalaman.
US$ 100 billion hilang semasa pemerintahan Dr M
Jeffrey dan Taib mungkin sasaran awal bagi Mahathir, dengan hidangan
utama telah dimamahnya sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai PM.
Dalam buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad
in Turbulent Times, menunjukkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion telah
lenyap pada era pemerintahan Mahathir dari tahun 1981 hingga 2003.
Kebanyakkan dari wang yang hilang ini mungkin wang yang diperolehi
dari perbezaan kos sebenar prokumen, kontrak, kuota, tender, permit,
konsesi, lesen dan banyak lagi jumlah yang merugikan pembayar cukai
sebanyak dua kali ganda malah tiga dan sehingga sepuluh ganda wang
sebenar.
Baru-baru ini, Automatic Enforcement System atau Sistem Penguatkuasa
Otomatik (AES) telah menelan belanja lebih sepuluh kali ganda bagi
Perbendaharaan Negara.
Kemudian, berlaku kes kehilangan wang oleh Bank Negara sebanyak RM30
billion di bursa pertukaran asing pada masa pemerintahan Mahathir. Kita
juga mengalami kerugian daripada skim pemerolehan pasaran Tin
Antarabangsa di London, jumlah yang tidak diketahui untuk menggantikan
peranan orang Cina di Malaysia dengan Jepun dibawah polisi perkauman
jahat Pandang Ke Timur yang melakukan pembaziran ke atas Perbendaharaan
Negara dengan polisi yang sama jahatnya serta berbaur perkauman Belilah
Barangan British. Kesemua bukti rompakan wang ini diselindungi oleh
semangat patriotik dibawah label Malaysia Boleh.
Mahathir & Co, seperti yang diberitahu oleh bekas Menteri
Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Australia, tidak lama dahulu,
mereka membahagi kontrak sesama sendiri. Razaleigh dituduh pentadbiran
Mahathir ‘mengkhianati’ Negara dengan memburuk-burukkannya diluar
Negara. Nampaknya, Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia itu Mahathir.
Mahathir mungkin telah melakukan apa yang dituduh oleh Razaleigh
dengan mengambil wang Negara untuk dirinya sendiri melalui jaringan
penama, kroni, si tamak sepertinya juga. Jika benar, dia saling tak
tumpah seperti Mubarak dan ramai lagi diktator korup di dunia ketiga
yang rakus merompak kekayaan Negara sementara menjadikan hutangnya
terlalu tinggi pada masa pemerintahannya.
Menarik perhatian CIA?
Mungkin juga, disebalik buku Wain dan senarai Wikipedia, Mahathir
telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 kerana
takut dirinya akan dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa dan
konflik kepentingan semasa pemerintahannya.
Dia telah dituduh mencari jalan untuk meninggalkan jawatannya tetapi
masih mengekalkan kuasa dibalik tabir untuk memastikan pihak berkuasa
tidak mendakwanya. Persepsi rakyat adalah Majlis Tertinggi Umno berada
dibawah telunjuk Mahathir sementara Najib Razak menjadi Perdana Menteri
boneka dari belakang isterinya.
Semua masih ingat lagi pada ucapan selamat tinggal Mahathir yang
ibarat sandiwara setelah menitiskan air mata di kaca televisyen sambil
mengatakan bahawa dirinya telah ‘gagal mengubah pemikiran rakyat’.
Benarkah dia peduli dan itu bukanlah misinya!
Ia mungkin satu kebetulan bahawa Wikipedia telah berjaya
menyenaraikan apa yang telah diperolehi oleh Mahathir melalui cara haram
sehinggalah kepada PRU ke-13. Ini nampaknya seperti kerja Central
Intelligence Agency (CIA) sebagai tanda Washington mahu Mahathir dan
Barisan Nasional yang memerintah untuk tidak lagi berkuasa. Ini adalah
modus operandi biasa kerajaan AS iaitu keluarkan maklumat peribadi
kewangan yang merosakkan sesorang kredibiliti individu yang disasarkan
mereka untuk musnah.
Mahathir selama ini telah berhati-hati untuk melindungi kekayaannya
di Negara yang tidak boleh diperiksa oleh sistem perbankan antarabangsa
SWIFT dan IBAN yang dipunyai dan biayai oleh AS untuk menjejaki
perolehan haram, pengubahan wang dan pembiayaan pengganas. Jepun
dikatakan antara Negara dimana bekas Perdana Menteri itu menyimpan
kebanyakkan asetnya.
Mahathir punyai banyak wang untuk melakukan kerosakan
Kesimpulannya, Mahathir dengan hartanya yang melimpah ruah, boleh
meneruskan pengaruh dan penguasaannya ke atas politik Melayu di Malaysia
ini iaitu bagi komuniti yang berbahasa Melayu dari bangsa Bugis, Jawa,
Minang, Acheh dan India Muslim di Semenanjung Malaysia. Dia dilaporkan
membiayai Perkasa, persatuan ektrimis yang diketuai bonekanya Ibrahim
Ali dan percubaannya untuk campur tangan dalam hal-hal politik Parti PKR
dan PAS pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Mahathir sememangnya sudah pun mengawal sebahagian besar wang
Petronas dari Sabah dan Sarawak. Dia telah dituduh tidak boleh
membezakan antara wangnya dan wang Petronas jika dilihat dari berapa
yang dimasukkannya dalam Yayasan Kepimpinan Perdana dan bagaimana dia
dengan bebasnya menggunakan pesawat koprat dan kapal layar yang dimiliki
oleh Syarikat Minyak itu. Gambarnya bercuti di atas kapal layar di
Mediterranean. YDP Agong, ketua Malaysia sendiri tidak pernah memiliki
keistimewaan itu.
Mahathir juga mempunyai wang untuk campur tangan dalam Negara seperti
Palestin dan Bosnia-Herzegovina dan banyak lagi melalui Yayasan
Kepimpinan Perdananya-khasnya untuk menyebarkan teori merapunya tentang
kepimpinan dan pembinaan misi dan telah disyaki oleh Washington pada
masa lalu membiayai senjata di negara-negara ini. Bagi AS, ini perbuatan
melampau.
Malaysia Chronicle