PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Friday, 28 December 2012

30,000 peneroka dijangka akan berhimpun di ibu negara hari ini

KUALA LUMPUR,  — Hampir 30,000 peneroka dijangka akan berhimpun di ibu negara esok menentang gergasi perladangan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dakwa mereka tindakan menyelamatkan tanah rancangan yang merupakan milik Melayu daripada musnah.

Harga pasaran saham FGVH jatuh dua sen dibawah harga jualan penawaran awam (IPO) RM4.55 di awal penjualannya pada 10 pagi hari ini, meneruskan prestasi lemah sejak beberapa bulan ini yang menyemarakkan kemarahan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat berkenaan.

Diketuai oleh Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), perhimpunan dengan tema “Selamatkan Felda” akan bermula selepas sembahyang Jumaat akan menyaksikan 30,000 peneroka berarak ke bangunan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) di Jalan Semarak, menurut Pengerusinya, Mazlan Aliman.

ANAK dan beberapa pemimpin pembangkang telah mengetuai perhimpunan pada Julai lalu menentang penyenaraian FGVH, yang dakwa mereka untuk menawan hati peneroka dan generasi kedua mereka yang menjadi peti undi kepada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Kumpulan itu juga dilaporkan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Tan Sri Isa Samad, yang didakwa akan dilantik sebagai pengerusi FGVH, Koperasi Permodalan Felda (KPF) ketika Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) mereka.

AGM yang dijadualkan hari ini telah ditunda oleh Mahkamah Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu notis pada 24 Disember dan telahpun di muat naik ke laman web KPF.

Mazlan yang menentang pelantikan Isa, sebelum ini berkata perhimpunan itu perlu untuk menyelamatkan FELDA daripda “konspirasi pihak atasan” yang merancang untuk mengurangkan kuasa KPF, dan peneroka - pemegang saham dalam syarikat minyak kelapa sawit – tersebut.

ANAK dan beberapa pengkritik FGVH turut menuduh FGVH menjual komoditi tersebut kepada Israel melalui sebuah syarikat Singapura, yang kemudiannya dinafikan mereka.

Saham FGVH terus menjunam selepas berada pada paras RM5.30 ketika disenaraikan pada 28 Jun.

Broker berkata, FGVH menerima manfaat daripada kadar yang besar, dijangka menjadi komponen penanda aras dalam indeks FBM KLCI, bersama dengan halangan daripada pembeli utama menjual lot mereka dalam tempoh enam bulan daripada penyenaraian (TMI)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers