PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 24 May 2014

Kementerian Kesihatan sahkan DNA khinzir dalam coklat Cadbury

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kajang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.
Dalam sebuah kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa ini berdasarkan keputusan analisis dua jenis coklat tersebut.
Coklat yang dimaksudkan ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk coklat susu Cadbury Dairy Milk mula tersebar luas melalui aplikasi media sosial semalam.
Walaubagaimanapun, coklat susu Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan mempunyai DNA khinzir.
Tambah Noor Hisham, pihak pengeluar, iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan menarik balik produk-produk terbabit dari pasaran serta-merta.
“Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya,” katanya.
Pengguna boleh mengemukakan sebarang persoalan kepada Kementerian Kesihatan melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
Sementara itu, Cadbury dalam Facebooknya pula mengesahkan bahawa semua produk yang dihasilkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).//(TMI)
CARI PARANG , GOLOK, PISAU??? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers