PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday, 15 April 2014

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan di masjid

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Pakcik Mohd Said Mohamed Jaid ketika rumahnya didatangi orang ramai yang tidak berpuas hati. Kredit photo: Ohartis.com
Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:
Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang
Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline-

5 comments:

  1. Kebayakan masjid2 di malaysia mmg begitu..semua tersasar dari maksud asal bila ditegur terasa hina diri..mulala tangapan yg negtif.ajk2 masjid berandaian mereka ali suger agaknya dan terlampau berhalusinasi....hey!!! ajk masjid ada perkara2 yg baik berbalas dgan perkara baik...ada perkara yg disangka baik balasan disebaliknya apa2 perkara mestilah kesederhanaan...megerti kalian better mgerti...!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kawan sokong. Jgn skit2 dah tuduh anti. Siasat dulu.

    ReplyDelete
  3. Bersedehanalah dalam segala hal. Itu lebih menjadikan islam sentiasa dipandang indah.

    ReplyDelete
  4. dkwah yg paling baik dan berkesan adalah cara nabi. jumpa manusia dari pintu ke pintu. hasilnya wujud insan2 yg terbaik dlm sejarah khidupan mnusia. sahabat, tabiin dan tabi-tabiin. skrg kononnya kena berdkwah cara moden, ikut perkmbgan zaman. tapi hasilnya umat islam jd mcm buih d lautan. xda kelebihan dr segala hal sama ada bab dunia maupun akhirat....knpa? kata islam sesuai sepanjang zaman. bab hukum hudud aje ke yg sesuai sepanjang zaman? bab dakwah cara nabi yg ketuk rmh abu jahal tak kurang 117 kali untuk pujuk n rayu dia tu x sesuai di amalkan ke? klau cara pujuk rayu dari pintu ke pintu dan secara bertentang empat mata bukanlah cara yg terbaik utk pujuk manusia ke arah perubahan, knpa cara ni di buat semasa pilihanraya. guna ajelah benda2 canggih yg korang kata lebih efektif untuk raih undi....x pyh jmpa dr pintu ke pintu....tp iyelah, bab dunia ni semua org sanggup buat wpun mgkin trpaksa menebalkan muka @ gadaikan nyawa, tp bila bab agama (yg gnjarannya) tak berupa herta kekayaan dunia jarang ada yg berani buat wpun oleh kalangan org yg perasan dirinya pejuang agama....tabik dgn golongan jubah putih, janggut pnjg, kopiah murah, pakai slipar jepun naik flight keliling dunia sambil bw periuk belanga (heeee) sbb korang berani kena marah, di pndang serong, x glamer, x dpt gnjaran apa2, x pernah minta apa2 sumbangan @ tajaan, berani kluarkan duit sndiri, x serik2 jmpa aku yg tak mau2ikut korang. semoga pengorbanan kalian yg tak pernah meminta diberikan sebuah kerajaan, yg x mau segala jenis pujian dan populariti, x pernah mendoakan keburukan terhadap penentang2 mu akan menjadi sebab allah mengurniakan satu lg khdupan manusia di dunia ini seperti kehidupan bayangan syurga seperti madinatul munawwarah. p/s kwn2 jubah putih, jgn ambik hati koz sy puji sikit kat sni. sket je x bnyk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdakwah kalau niat betulkan diri, in sya allah, allah akan betulkan diri kita dan orang lain. berdakwah kalau niat betulkan orang lain, orang lain mungkin jd baik tp diri sendiri x jd baik. knpa? sbb kita niatkan kebaikan untuk tp kita tak niatkan kebaikan untk diri sendiri. Ambil teladan dari kisah azazil sebelum dilaknak menjadi iblis laknatullah alaih.....

      Delete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers