Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.
Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena
bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan
jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan
berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014
iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh
pada 4 April 2015 dan 28 September 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai
kejadian bulan berdarah, sila layari Laman Web Rasmi NASA.
Sumber: melvister.com