Bagi sesetengah media asing, setiap perkara melibatkan jihad oleh orang Islam bermakna mereka adalah pengganas, ekstremis dan puak pelampau.
Itulah yang diuar-uarkan terhadap lelaki dalam rakaman VIDEO di bawah.
Lelaki dalam video ini mendapat perhatian ramai kerana dia didakwa bekas pemain bola sepak terkenal Liga Inggeris, Arsenal yang pernah meningkat naik bersama Cristiano Ronaldo.
Meskipun memperkenalkan diri sebagai ‘Abu Issa Al-Andalusi’, lelaki ini dikatakan bekas pemain Arsenal berasal dari Portugis yang meninggalkan London dan segala kemewahan dunia demi berjuang untuk Syria dan Islam sejak dua tahun lalu.
Memakai topeng muka berwarna hitam dan memegang senjata dipercayai jenis AK-47, video yang dimuatnaik di laman web FiSyria.com ini menunjukkan lelaki tersebut antara lain memberi nasihat khususnya kepada rakyat Ukraine:
“My advice to you is that we are in need of all types of help from
those who can help us in fighting the enemy. Welcome, come and join us
and from those who think that they cannot fight they should also come
and join us because it maybe that they can help us in something else,
for example help with medicine, help us financially, help us with with
advice, help with any other qualities they may have and any other skills
they might have, and they can give and pass on this knowledge, and we
can take whatever is beneficial and that way they will participate in
jihad.” (Saya ingin menasihati semua bahawa segala jenis bantuan kini
diperlukan untuk melawan musuh. Sesiapa yang berasakan mereka tidak
mampu ikut berperang masih boleh membantu dari sudut lain termasuk
bantuan kewangan, ubat-ubatan, panduan dan apa sahaja skil yang
dimiliki. Dengan cara itu kita semua dapat turut serta berjihad).
Arsenal belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini namun mengakui sedang menyiasatnya.
Bagaimanapun dalam kenyataan kepada The Sun, wakil Arsenal
dilaporkan memberi komen tidak mengenali lelaki dalam rakaman berkenaan
dan tiada pemain dengan nama tersebut pernah direkodkan bermain bersama
mereka